Ulasan Buku Bertajuk Pembalasan: Syorga Atau Neraka
Buku ini menceritakan beberapa bab berkenaan dengan Syurga dan Neraka serta kaitan antara keduanya dengan amalan yang dilakukan di dunia. Dalam buku ini mengandungi dua belas bab yang berkaitan dengan pembalasan di hari akhirat nanti yang mana manusia akan menuju ke dua arah tujuan yang jauh berbeza yang satunya adalah kenikmatan yang tidak dapat dibayangkan dan yang kedua adalah azab yang tidak dapat dibayangkan oleh fikiran manusia yang ada di dunia ini. Dalam perbahasan yang diterangkan oleh pengarang, Ni’mat Shidqi, beliau membahagikan satu-satu bab mengikut urutan aturan yang ditetapkan oleh Allah yang mana manusia akan melalui fasa-fasa ini. antaranya seperti azab Kubur, Hisab, Syafaat dan beberapa perkara yang lain lagi dan seterusnya menuju ke tempat yang ditetapkan oleh Allah mengikut amalan iaitu Syurga atau Neraka. Penulis memetik beberapa ringkasan yang ditulis oleh penulis buku ini iaitu
“Dalam karanganku ini, aku telah menerangkan tentang perkara yang melibatkan keadilan Allah Ta’ala, tentang RahmatNya yang luas, tentang Hisabnya yang amat teliti, dan balasannya yang amat berat, azabnya yang amat pedih serta balasannya SyurgaNya yang penuh dengan nikmat”.
Dalam buku yang dikarang oleh Ni’mat Shidqi ini, beliau membahagikan bab kepada dua belas bab iaitu dimulai dengan Prakata, Balasan Pahala, Taubat, Bertaubat Sesudah Bersalah, Syafaat Dan Keadilan Tuhan, Balasan Iman Dan Taqwa, Akal, Amanat, Jahannam, Hisab, Siksa, Syurga dan Pembentukan Semula. Dalam perbahasan tentang balasan Pahala, beliau menyentuh beberapa ayat al-Quran yang membuktikan kebenaran tentang balasan Pahala yang dijanjikan Allah. Balasan Pahala ini dikaitkan dengan timbangan, amalan sebelum kita dibangkitkan semula, Allah tidak zalim, amalan telah dicatatkan satu persatu sebagai bukti di akhirat nanti, dan Allah sentiasa memerhatikan gerak geri kita di dunia tidak kira sama ada yang zahir mahupun tersembunyi. Beliau juga menjelaskan bagaimana satu-satu dosa atau kesalahan boleh ditebus semula dengan jalan Taubat. Kesemua ini perlu kepada pendirian bahawa tidak ada seorang manusia pun mampu menjamin bahawa setiap amalan yang dilakukan adalah diterima. Segala amalan yang dilakukan hanyalah seumpama wang tebusan yang sangat sedikit untuk melepaskan diri dari belenggu api neraka. Tetapi bagi mereka yang dimasukkan ke Syurga adalah satu rahmat dari Allah Ta’ala sahaja. Dengan jalan sabar sahaja manusia dapat mampu bertahan dalam terus menjalankan apa yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan larangannya. Dalam bab ini juga menyentuh berkenaan orang mukmin yang munafiq, yang mana segala amalannya ditolak oleh Allah dengan sebab kemunafikan mereka sendiri sebagaimana yang telah difirmankan Allah. Begitulah juga halnya sebagaimana orang yang mensyirikkan Allah dan orang yang kafir. Bagi mereka tidak ada kebaikan satu pun disisi Allah Ta’ala dan mereka adalah ditempatkan di neraka Jahanam buat selamanya. Tetapi bagi mereka yang beriman kepada Allah sekalipun mereka seorang yang Fasiq dan suka melakukan dosa, walau sebesar mana pun dosa, jika mereka bertaubat, maka mereka akan mendapat balasan pahala, bahkan Allah lipat gandakan lagi pahala mereka.
Dalam bab Taubat pula, Ni’mat Shidqi menyebut beberapa ayat al-Quran sebagai dalil yang menyuruh manusia sentiasa memohon keampunan. Beliau membincangkan bahawa Allah tidak akan mengampuni orang-orang yang kekal dalam dosa besar sehingga mati. Allah mampu menukarkan keterlanjuran seorang hamba yang sentiasa melanggar perintahnya apabila ia telah berubah sikap dengan menjadi seorang mukmin yang taat. Beliau juga menyebut beberapa perkara yang berkaitan dengan syarat taubat seperti memilih jalan yang benar, mengerjakan amal soleh, mengakui kesalahan yang lalu, mengembalikan hak yang dizalimi dan lain-lain. Belau mengulas juga berkaitan apa yang disebut oleh Rashid Ridha tentang taubat yang boleh diampuni Tuhan. Berkata Rashid Ridha:
Setiap dosa yang dilakukan kerana sesuatu sebab yang menimpa diri seperti kemuncak marah, sifat pengecut, pengaruh hawa nafsu yang menguasai diri, sedangkan orang itu kukuh imannya, takut kepada Allah, makan dosa seperti itu adalah antara dosa-dosa yang diampunkan Allah. Kerana jika tidak kerana sebab yang memaksa itu nescaya orang itu tidak akan melakukan dosa semata-mata membelakangkan perintah agama.
Apa yang menjadi sesuatu kebodohan yang teramat menurut pengarang, adalah mereka yang jahat, tetapi merasa tenang dengan perbuatan-perbuatan jahat mereka, setelah itu mereka menggantungkan sepenuh harapan pada pengampunan tuhan tanpa ada usaha untuk melakukan kebaikan. Mereka menggunakan hujah al-Quran yang menyebut “janganlah kamu putus harapan dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni setiap dosa”. Pengarang menyebut lagi dengan apa yang dimaksudkan dengan Taubat Nasuha iaitu taubat yang sebenar-benarnya dengan syarat seorang hamba itu tidak akan kembali lagi kepada kesalahan yang ia bertaubat darinya. Dalam persoalan taubat, Allah hanya menerima taubat bagi mereka yang melakukan sesuatu kerana jahil, kemudian terus bertaubat apabila menyedari ianya satu kesalahan, bahkan lagi ia tidak mengulangi perbuatan buruknya itu.
Dalam bab Syafaat dan Keadilan Tuhan pula, pengarang membahaskan tentang syafaat. Beliau juga menyebut bahawa Adil adalah sebagai satu sifat Allah. Pengarang juga membahas menggunakan beberapa ayat al-Quran yang membuktikan wujudnya syafaat kepada manusia dan mengatakan bahawa setiap perbuatan adalah ditaklifkan pada hamba. Allah akan membalas hambanya berdasarkan pada perbuatan mereka sama ada yang baik atau buruk. Disebabkan keadilan Allah Ta’ala yang Maha Agung, Allah akan membalas segala perbuatan di dunia dan akhirat dengan melihat kepada keimanan dan ketaqwaan seseorang, bukan dengan keturunan, harta dan lain-lain. Jika seseorang dari keturunan Rasul berbuat kemungkaran sekalipun, maka mereka tidak akan terselamat dari azab. Pengarang menyebut lagi bahawa setiap amalan akan diterima dalam bentuk catitan oleh kedua tangannya, bukan orang lain akan menerima catitan amalan orang lain. Tidak ada seorangpun yang mahu amalannya digantikan kepada orang lain sebagai tebusan sekalipun sebesar debu. Tidak ada seorang pun yang boleh mengecualikan diri dari azab Allah Ta’ala atau menyelamatkan orang lain. Syafaat akan diberi bukan dari Allah, tetapi dari seseorang yang Allah muliakan dikalangan mukmin yang beriman. Syafaat ini bukanlah sesuatu yang akan berlaku tanpa keizinan dari Allah. Orang yang mampu mensyafaatkan orang lain tidak akan dapat mensyafaatkan sesiapa pun kecuali dengan keizinan Allah. Pengarang memetik kata-kata syeikh Muhammad Al-Ghazali:
Sesungguhnya pertolongan itu tidak akan merobohkan asas-asas keadilan, tidak akan membatalkan timbangan hisab, tidak perlu kepada siapa yang cepat mengerjakan yang baik dan tidak berguna pula siapa yang lari dari kebenaran.
Pengarang juga membawa apa yang disebut oleh Nabi kepada Fatimah:
حدثنا أبو الأشعث أحمد بن المقدام العجلي حدثنا محمد بن عبد الرحمن الطفاوي حدثنا هشام بن عروة عن أبيه عن عائشة قالت : لما نزلت هذه الآية { وأنذر عشيرتك الأقربين } قال رسول الله صلى الله عليه وسلم يا صفية بنت عبد المطلب يا فاطمة بنت محمد يا بني عبد المطلب إني لا أملك لكم من الله شيئا سلوني من مالي ما شئتمقال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح وهكذا روى وكيع وغير واحد عن هشام بن عروة عن أبيه عن عائشة نحو حديث محمد بن عبد الرحمن الطفاوي روى بعضهم عن هشام بن عروة عن أبيه عن النبي صلى الله عليه وسلم مرسلا ولم يذكر فيه عن عائشة
وفي الباب عن علي و ابن عباس
“Wahai Fatimah, aku tidak akan dapat melepaskan kau dari Allah barang sedikitpun”.
Baginda sendiri menyatakan kepada Fatimah iaitu anak beliau sendiri bahawa baginda tidak dapat menyelamatkannya dari Allah s.w.t.
Pengarang juga membawa apa yang disebut oleh allah dalam firmannya surah an-Nahl ayat 111:
يَوْمَ تَأْتِي كُلُّ نَفْسٍ تُجَادِلُ عَنْ نَفْسِهَا وَتُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَا عَمِلَتْ وَهُمْ لا يُظْلَمُون
Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka itu pada hari kiamat), hari tiap-tiap diri datang membela dirinya semata-mata, dan tiap-tiap diri disempurnakan balasan apa yang ia telah kerjakan (sama ada baik atau jahat), sedang mereka tidak akan dianiaya sedikit pun.
Kaum mukmin yang berdosa, akan diazab diakhirat kelak dalam Neraka sehingga dosa-dosa mereka terhapus sehingga mereka menjadi arang yang kehitaman kemudian baharulah Allah mengizinkan mereka disyafaatkan.
Dalam bab Balasan Iman dan Taqwa, pengarang menyebut bahawa Allah menyifatkan kaum mukmin ini dengan ketaqwaan adalah sebagai satu usaha untuk mencapai keredhaanNya serta memelihara ketaatan mereka. Kerana itu Allah menjanjikan Syurga sebagai tempat tinggal yang kekal abadi selamanya sebagai balsan kepada tindakan mereka di dunia. Beliau juga menyebut bahawa, Allah telah menyifatkan orang bertaqwa dengan sebaik-baik sifat dan semulia-mulia kelakuan, yang mana mereka ini tidak terpikat oleh pujuk rayu nafsu. Mereka yang membelanjakan harta kepada Allah sama ada ketika mewah atau susah, menahan marah dan sebagainya. Jika mereka melakukan maksiat, dengan segera mereka bertaubat. Pengarang juga memberikan sifat-sifat orang yang bertaqwa melalui beberapa ayat yang disebut oleh Allah dalam firmannya. Antaranya adalah orang yang bertaqwa akan segera bertaubat kepada tuhan sekiranya melakukan dosa, orang yang membelanjakan harta mereka sama ada dalam keadaan susah atau senang yang mana mereka ini hanyalah bercita-cita untuk melihat wajah Allah di akhirat kelak, orang yang tidak dilalaikan dengan perasaan hawa nafunya dan tidak dipikat oleh nafsu mereka, dan orang yang sanggup menahan marah iaitu orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah kerana marah adalah sesuatu yang sngat pedih untuk ditanggung oleh jiwa manusia berbanding dari apa apa kepedihan jiwa yang lain. Pengarang juga menyebutkan tentang sifat kaum mukmin dan ciri-ciri yang menyebabkan mereka memperoleh Syurga Firdaus, iaitu orang yang Khusyu’ dalam solatnya, mereka yang menjaga solatnya, mereka yang takutkan Allah s.w.t dengan mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan. Kerana tulah mereka amat takutkan Allah dengan mengerjakan perkara yang disuruh Allah dan meninggalkan larangannya. Dalam perbahasan ini pengarang juga menyebut lagi bahawa, bukanlah seumur hidup kita itu adalah untuk melakukan solat dan ibadah-ibadah yang lain dengan mengabaikan kewajipan terhadap diri. Kita juga perlu mencari kekayaan, kehidupan dan pekerjaan serta perkara-perkara yang lain, iaitu dengan niat untuk mengikhlaskan hati melakukan segala-galanya kerana Allah, bukanlah manusia itu tidak boleh berhinbur, tetapi berhiburlah dengan cara yang tidak melalaikan diri dari Allah, dan janganlah memperbanyakkan hiburan dari ketaatan kepada Allah. Pengarang menyentuh juga beberapa isu yang lain seperti amanah, kelakuan yang mulia taat dan sebagainya dalam mencapai jalan taqwa dan iman kepada Allah Ta’ala.
Dalam bab Akal pula pengarang mahu menceritakan kelebihan akal, keperluan akal, takrif akal dan lain-lain. Manusia ini ditaklifkan adalah disebabkan kerana memiliki akal yang dikurniakan oleh Allah. Dinamakan manusia yang bodoh itu sebagai kurang akal kerana tidak menggunakan akal sepenuhnya yang menghalang manusia dari terjerumus ke lembah kehinaan dan kecelakaan. Peranan akal lah yang sepatutnya menahan manusia dari melakukan segala yang buruk. Dengan akal manusia mampu mengenali Tuhannya dan mengakui kesaran dan kebenaran tuhannya. Beliau membawa banyak ayat al-Quran yang memerintahkan manusia menggunakan akalnya. Akal ini juga menurut beliau adalah membezakan antara manusia dengan binatang dan haiwan yang lain atau makhluk-makhluk yang lain. Dengan akal boleh digunakan untuk mentadabbur al-Quran dan memahami segala kandungan isinya. Akal juga mampu melindungi manusia dari segala macam bentuk malapetaka yang boleh menimpa dirinya. Kesemua yang disebut di atas adalah bagi menunjukkan betapa besarnya peranan akal dan keperluan ianya dalam membentuk syakhsiah diri manusia mencapai syurga Allah. Mereka yang tidak menggunakan akal telah diancam oleh Allah dengan azab kerana ianya mampu menjerumuskan diri kepada pelbagai dosa dan kesesatan. Pengarang juga menunjukan bahawa peranan akal ini adalah untuk mencapai taqwa. Dengan akal seseorang manusia mampu mencapai taqwa kerana ia dapat mendidik diri dan mengetahui segala sesuatu sama ada ianya baik atau buruk. Maka dengan Akal manusia akan mencapai taqwa jika itu adalah kehendaknya. Dengan akal juga manusia mampu menjadi sejahat-jahat manusia kerana ianya memang diciptakan dengan kemampuan yang tinggi. Dengan akal juga manusia mampu memberi manfaat kepada manusia yang lain dan juga mampu memberi mudarat kepada diri dan orang lain. Hakikat akal adalah sukar difahami melainkan apa yang telah diterangkan oleh Allah dan Rasulnya kerana hukum akal adalah sesuatu objektif. Segala usaha keras dengan seluruh tenaga zahir manusia jika bukan datang bersama akal tiada faedah dan gunanya kerana tidak akan diberi pahala.
Dalam bab Amanat pula, pengarang memeberikan takrif amanat sebagai lawan khianat. Amanat menurut istilah pula adalah sifat orang yang jujur yang tidak mengkhianati. Pada awal bab, pengarang menceritakan bahawa betapa beratnya satu-satu amanat yang diberikan kepada manusia. Contoh yang paling dekat diberikan adalah berdasarkan ayat al-Quran yang bermaksud:
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الأمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
Setiap manusia wajib memelihara kesempurnaan yang diberikan iaitu apa yang diamanahkan padanya. Dia tidak harus melalaikan walau sekecil perkara di atas muka bumi ini. Pengarang mengatakan lagi bahawa, mereka yang menghabiskan masa mudanya dalam kelalaian dari amanat seperti menurut kehendak hawa nafsu yang dilarang oleh Allah ia akan dipertanggungjawabkan setiap perkara yang dihilangkan amanat padanya. Antara contoh yang diberikan seperti amanat anggota, amanat taklif, amanat terhadap sekalian manusia dan sebagainya. Pengarang berbahas juga dalam bab ini mengenai amanat terhadap saudara sesama mukmin, yang mana berdasarkan hadis Nabi, tidak beriman seseorang melainkan mencintai saudaranya. Selain itu pengarang menyentuh pula berkaitan amanat dalam menyempurnakan amal atau amanat terhadap taklif yang diberikan. Mereka yang mencuaikannya itulah yang disebutkan khianat terhadap amanat mereka dan Allah mampu menarik apa-apa sahaja yang telah diamanatkan sekiranya seseorang itu khianat terhadap apa yang telah diamanatkan. Nabi telah bersabda bahawa bagi mereka yang mengkhianati apa yang telah dipertanggungjawabkan terhadapnya maka ianya adalah antara ciri-ciri orang mukmin yang munafiq, dan balasan bagi mereka yang munafiq ini ada disebut dalam al-Quran iaitu tempatnya di neraka paling bawah. Menurut pengarang lagi, Allah Ta’ala telah menyebut banyak perkara berkaitan amanat tetapi apa yang terpentingnya adalah menepati janji. Menurut pengarang manusia perlu menepati janji, dan apa yang manusia telah berjanji dan bersaksi di hadapan Allah ketika diperingkat Ruh lagi? Itulah dia manusia berjanji menjadikan Allah sebagai Tuhannya. Akan tetapi apa yang dapat dilihat sekarang adalah ramai manusia berada dalam kekufuran. Perjanjian manusia dengan manusia yang lain juga amat dititik beratkan oleh Allah sebagaimana banyak yang disebut dalam hadith Nabi berkenaan dengan amanat. Maka manusia perlu menjalankan hak-hak kepada amanat tersebut.
Dalam bab Jahanam pula, pengarang mentakrifkan ianya sebagai tempat tinggal celaka dan siksa yang disediakan bagi orang menghuninya, iaitu tempat yang diberikan bagi orang musyrikin dan kafir serta golongan yang zalim. Zalim terhadap diri, zalim terhadap manusia lain, zalim terhadap Allah dan lain-lain. Pengarang juga menyentuh dalam bab ini iaitu berkenaan sifat Hari Kiamat. Hari tersebut adalah hari yang sangat menggerunkan sekalian manusia yang mana ketika bumi bergoncang yang ketika itu dirasakan gegar gempita yang sangat hebat sehingga hancur lebur segala benda dan berterbangan serpihan-serpihan. Allah menyebut banyak dalam al-Quran tentang Kiamat dan mensifatkan ianya sebagai satu peristiwa yang besar, apa yang berlaku adalah manusia berkeluh-kesah, ibu melupakan anak yang mnyusu, ibu mengandung melahirkan anak yang dikandung, manusia kesemuanya pengsan kerana terlampau takut. Di hari tersebut kesemua manusia cuba mencari tempat perlindungan tetapi tiada tempat yang ditemui, tiada penyelesaian bagi Kiamat melainkan kesemuanya menuju kepada Tuhan. Setelah berlaku Kiamat manusia akan dibangkitkan semula, dihisab, diberikan buku amalan, dihitung setiap zarah perbuatannya, dibawa ke Titian Sirat dan lain-lain sehingga manusia itu akan menemui jalan yang dipilihnya di dunia iaitu sama ada syurga yang penuh kenikmatan atau neraka Jahanam yang penuh dengan siksaan. Bagi orang kafir tiada hisab bagi mereka kerana sudah pasti mereka kafir terhadap Allah dan akan dicampakkan ke Jahanam.
Dalam bab Siksa, pengarang memberikan huraian tentang siksa Allah terhadap manusia yang ingkar. Allah telah menyediakan tempat di Jahanam dengan azab yang sangat pedih. Hebatnya gambaran yang diberikan oleh pengarang tentang jahanam ini adalah bunyi ledakannya mampu kedengaran seperti air yang mendidih, suara menggelegak seolah-olah api itu sedang marah dan mengamuk menjerit-jerit meminta mangsanya. Persoalan siapa yang masuk ke dalam Jahanam ini dijelaskan oleh pengarang iaitu orang yang mendustakan Rasulnya berdasarkan dari firman Allah Taala surah al-Isra ayat 15. Mereka yang tidak menggunakan akalnya untuk sebagai pembimbing jalan ke syurga. Apabila mereka dilemparkan ke Neraka, mereka akan cuba berlari keluar dari Neraka tersebut akan tetapi malaikat Zabaniyyah iaitu penjaga Jahanam akan menangkap mereka lalu dicampakkan ke dasar Neraka Jahanam. Allah akan menyingkap semula tipu daya yang wujud di dunia ini dan meletakkan di hadapan matanya. Dalam Jahanam, siksaannya adalah berupa badan dan Roh menurut pengarang. Siksaan badan adalah didalam api neraka, dan siksaan roh pula adalah dicela dan dimalukan dikhalayak ramai. Orang yang kafir dengan Allah pula akan terus menyesal kerana tidak mempercayai dengan hari kebangkitan semula. Kesemua penghuni neraka jahanam pada ketika itu mengharapkan agar mereka mati kerana tidak tahan sangat dengan siksaan yang mereka terima setiap saat. Mereka meminta seteguk air untuk diminum kerana terlalu dahaga. Mereka mengharapkan agar kembali ke dunia untuk melakukan amal soleh semula walau sehari, tetapi mereka akan kecewa. Mereka ditertawakan semula sebagaimana mereka mentertawakan para Nabi golongan mukminin terdahulu. Pengarang menyebut lagi tentang siksa golongan ahli Neraka Jahanam adalah satu penyiksaan yang tidak dapat digambarkan oleh akal. Tiada perbandingan dengan apa yang ada di dunia ini untuk dibandingkan dengan apa yang ada di neraka Jahanam tersebut. Bagi penghuni Syurga mereka akan dibukakan Hijab untuk melihat penghuni neraka saling berteriakan kerana tidak tahannya azab yang pedih.
Dalam bab Syurga pula, pengarang memberikan takrif Syurga sebagai sebuah tempat yang dipenuhi dengan nikmat di Hari Akhirat kelak. Pengarang membawa beberapa ayat dan dalil dari al-Quran serta hadith tentang kebenaran dan kenikmatan syurga di akhirat. Syurga adalah tempat bagi orang yang memelihara kebaikan dirinya dan berlumba dalam mencari kebaikan dan pahala disisi Allah. Pengarang menyebut lagi bahawa sebenarnya, walau sebanyak mana pun amal manusia melebihi sebesar dunia sekalipun pasti tidak akan layak masuk ke Syurga Allah melainkan dengan rahmat pengampunan dan keizinannya. Pengarang juga menggambarkan tentang sifat-sifat Syurga yang penuh dengan kenikmatan yang mana di dalamnya manusia penuh dengan keinginan. Di antara sifat-sifat yang disebutkan pengarang adalah dibawah Syurga terdapat sungai yang mengalir, kenikmatan tidak terhingga, dan segala kehendak akan tercapai tanpa perlu menunggu. Kesemua ini Allah rahsiakan dari pengetahuan manusia dari semua sudut sama ada kaifiat mahupun gambaran yang lain. Ini adalah satu kejutan bagi manusia di akhirat nanti. Pengrang menyifatkan tentang manusia yang akan mamasuki syurga iaitu dari sudut jasad manusia yang mana jasad tersebut adalah bersifat kekal dan lebih kukuh dari sebelumnya. Pengarang menyentuh pula nikmat yang tidak terhingga ketika di Syurga iaitu kenikmatan yang semua manusia idamkan iaitu melihat wajah Allah s.w.t.
Dalam bab Pembentukan Semula, pengarang banyak menghuraikan sama dengan apa yang terdapat dalam bab pembalasan. Di mana manusia pada ketika dibangkitkan semula dengan jasad yang baru, dengan keadaan yang baru, yang lebih kukuh dan sebagainya. Manusia yang memperoleh nikmat tidak pernah jemu dengan nikmat yang diberikan, dan mereka yang disiksa akan sentiasa merasa kesakitan tanpa henti. Orang yang disiksa akan meminta mereka dimatikan tetapi mereka kecewa dengan harapan mereka. Kemudian pengarang memberikan gambaran-gambaran Syurga yang disediakan kepada orang beriman, yang membelanjakan harta ke jalan Allah s.w.t. Syurga mengharamkan dirinya bagi orang yang tidak beriman dan beramal soleh. Pengarang menyebut bahawa syurga terbesar adalah disediakan bagi orang yang bertaqwa, dan membelanjakan hartanya di jalan Allah. Syurga yang sederhana disediakan pula untuk orang yang beriman dengan Allah dan RasulNya serta mengerjakan perbuatan yang baik seperti ibadat yang telah difardhukan ke atas mereka, mereka yang tidak dapat menahan marah, yang tidak membelanjakan harta ketika susah dan lain-lain. Syurga yang terkecil adalah bagi orang yang usahanya tidak seberapa dan usahanya untuk mencapai syurga Allah adalah sedikit sahaja.
Sokongan terhadap isu dalam buku bertajuk Pembalasan: Syorga atau Neraka
Dalam bab berkaitan dengan Balasan Pahala, pengarang ada menyentuh tentang Hisab atau timbangan. Menurut Ali Akbar Osman, Hisab bererti seluruh manusia dihadapkan kepada Allah di Padang Mahsyar untuk dipertanggungjawabkan segala amalannya sama ada perbuatan, percakapan, keyakinan dan lain-lain kecuali bagi orang-orang yang tertentu yang dikecualikan Hisab darinya (Ali Akbar Osman. 1996: 57 & 58). Bagi yang dihisab pula ada yang mudah diantara mereka, ada yang susah. Bagi yang mudah Allah memperlihatkan padanya amal kebajikannya dan menutup segala keburukannya ketika di dunia, lalu memberi maaf padanya. Bagi yang susah pula, Allah menghisabnya secara terperinci satu persatu dan dipersulitkan segala Hisabnya, akhirnya ia binasa bersama orang yang binasa. Dalam surah al-Kahfi, Allah berfirman:
وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَذَا الْكِتَابِ لا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلا كَبِيرَةً إِلا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا وَلا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا
Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka Engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa Kitab ini demikian keadaannya? ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.
Berkenaan dengan Mizan atau timbangan pula, orang-orang kafir tidak akan menerima apa-apa Mizan kerana tiada apa yang hendak ditimbangkan terhadap mereka. Kesemua amal mereka tertolak kerana keyakinannya terhadap Allah tidak ada. Ibnu Hajar berkata, Abu Ishaq al-Zujaj pernah mengatakan bahawa Ahli Sunah menyepakati bahawa adanya Mizan di Akhirat kelak, manusia seluruhnya akan ditimbang dan mizan itu menunjukkan ada penunjuk keseimbangan dua neraca (baik dan buruk). Mizan adalah umpama keadilan (Ibn Hajar al-Asqalani. 1379. Jil. 13. Hlm. 538). Al-Qurtubi berkata lebih cenderung mengatakan, Mizan adalah menimbang berat atau ringannya buku-buku yang berisikan catatan amalan. Ibn Umar mengatakan lembaran-lembaran amal akan ditimbang. Jika begitu, bererti lembaran itu berbentuk benda (al-Qurtubi. 1984: Hlm. 33).
Berkenaan dengan apa yang ditimbangkan ada beberapa pendapat. Pertama: apa yang ditimbang adalah amal perbuatan, iaitu sesuatu yang bersifat fizikal. Berdasarkan hadith Abu Hurairah dalam sahih bukhari Rasululllah s.a.w bersabda: Ada dua kalimat yang dicintai ar-Rahman, ringan diucapkan tetapi berat dalam timbangan, iaitu subhanallah wa bihamdihi dan subhanallah al-azim. Pendapat ini dipegang oleh Imam Abu Hajar al-Asqalani (Ibn Hajar al-Asqalani. 1379. Jil. 13. Hlm. 537). Kedua: Apa yang ditimbang adalah manusia, orang yang melakukan perbuatan. Antara hujahnya adalah dalam sahih bukhari diriwayat dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, Pada hari kiamat kelak ada seorang lelaki yang besar, tetapi ketika ditimbang di sisi Allah tidak sampai seberat sayap nyamuk, lalu beliau bersabda “bacalah, dan kami tidak menilai (tidak menghargai) amal mereka di hari kiamat” (Ibn Hajar al-Asqalani. 1379. Jil 8. Hlm 426). Ketiga: apa yang ditimbang adalah lembaran-lembaran catatan amal perbuatan. Hujahnya adalah berdasarkan dalil dari Tirmidzi dalam sunannya, Abdullah bin Amru al-As r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Pada hari kiamat Allah akan memisahkan salah seorang dari umatku dihadapan seluruh makhluk. Kepadanya dihulurkan 99 buku catatan. Panjang setiap bukunya sejauh mata memandang. Allah bertanya: “Adakah yang engkau ingkari dari buku ini? Apakah para penulisKu yang mencatat telah menzalimimu?” Orang itu menjawab, “tidak”. Allah bertanya lagi: “apakah engkau memilih alasan” Dia menjawab “Tidak”. Allah berkata “Baik, dalam catatan kami engkau memiliki kebaikan. Tidak ada kezaliman hari ini”. Lalu dikeluarkanlah sebuah catatan yang berisi dua kalimah syahadah. Allah berkata, “Hadiri penimbanganmu”. Orang itu berkata, apakah maksud catatan dengan buku-buku ini wahai Tuhanku? Allah menjawab “engkau tidak dizalimi”. Buku ini diletakkan di salah satu daun timbangan dan catatan itu di daun yang lain. Ternyata daun itu ringan dan catatan itu berat. Tidak ada yang berat lebih dibandingkan dengan Nama Allah (al-Jazari. 1980. Jil. 5. Hlm. 459).
Dalam bab Taubat pula, pengarang menghuraikan tentang taubat menurut beberapa Ayat al-Quran. Menurut Yusuf al-Qardhawi, taubat diperlukan oleh setiap orang. Orang mukmin memerlukan dua perkara iaitu pengampunan dosa dan penghapusan kesalahan kerana tidak seorangpun yang terlepas dari kesalahan dan dosa selaras dengan sifat manusia yang diciptakan padanya. Orang yang tidak bertaubat adalah orang yang zalim menurut Yusuf al-Qardhawi lagi (al-Qardhawi. 1998: 6 &9). Allah berfirman dalam surah al-Hujrat ayat 11:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا يَسْخَرْ قَومٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلا تَنَابَزُوا بِالألْقَابِ بِئْسَ الاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الإيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Keharusan bertaubat sangat ditekankan oleh pengarang dalam bukunya. Beliau juga mengatakan lagi bahawa taubat itu perlu bersegera supaya dosa-dosa yang kecil tidak bertompok menjadi dosa yang besar dan menggelapkan hati manusia. Ini bersesuaian dengan apa yang disebut oleh Yusuf al-Qardhawi, katanya: “Taubat merupakan keharusan bagi setiap orang mukmin. Perlaksanaan taubat secara langsung merupakan satu keharusan yang lain, dengan maksud yang lain taubat tidak boleh ditunda atau ditangguh kerana yang demikian adalah amat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak disegerakan menyuci diri dari dosa sedikit, maka dosa itu akan bertambah dan bertompok-tompok satu demi satu dan akhirnya mendorong kepada dosa yang lebih besar” (al-Qardhawi. 1998: 32).
Pengarang juga menyebut berkenaan dengan Taubat nasuha yang mana al-Quran selalu menekankan berkenaan dengannya. Hendaklah seseorang itu bertaubat dengan sebenar-benarnya dan janganlah seorang itu kembali kepada dosanya yang lalu. Menurut Yusuf Qardhawi, Taubat yang diperintahkan kepada manusia adalah Taubat Nasuha. Ini disebut oleh Allah dalam firmannya surah al-Tahrim ayat 8:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ يَوْمَ لا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba Dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
Kata al-Qardhawi, Ibnu Kathir pernah menyebut dalam Tafsirnya: “Ertinya taubat yang sebenar-benarnya dan pasti, yang mampu menghapuskan dosa-dosa sebelumnya, menghuraikan kekusutan orang yang bertaubat, menghimpunkan hatinya dan membuang kehinaan yang dilakukannya” (al-Qardhawi. 1998: 36). Menurut Ali Akbar Osman pula (1996: 67), beriman dan beramal soleh merupakan syarat utama bagi orang yang bertaubat. Oleh itu seseorang tidak cukup mengumumkan dirinya bertaubat melainkan harus dia buktikan dan perkuatkan dengan iman dan amal soleh sebagai bukti kebenaran taubatnya.
Dalam bab bertaubat sesudah bersalah, pengarang ada menyntuh berkenaan dengan kejahilan akan membawa kepada kesesatan. Mereka yang berilmu pengetahuan sahajalah yang mudah mengenali Allah dan tidak mudah terjebak dalam kancah-kancah yang mampu memaksiati Allah. Kerana kejahilan manusia mampu mensyirikkan Allah. Pendapat ini bertepatan dengan apa yang disebut oleh Mohd Yaakob Yunus dalam akhbar berita harian bertarikh 28 september 2009 (Berita Harian. . Katanya, Allah berfirman dalam Surah Nuh ayat 23:
وَقَالُوا لا تَذَرُنَّ آلِهَتَكُمْ وَلا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلا سُوَاعًا وَلا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًا
Dan (Ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr.
Menurut Ibnu Abbas r.a, Wadd, Suwaa', Yaghuts, Ya'uq dan Nasr adalah orang soleh daripada kalangan kaum Nabi Nuh. Apabila mereka meninggal dunia maka syaitan membisikkan ke telinga kaum itu agar membuat patung menyerupai mereka agar dapat mereka mengenang segala amalan soleh serta jasa orang soleh berkenaan. Patung itu turut dijadikan perangsang bagi mereka untuk mencontohi perbuatan orang soleh. Patung berkenaan pada peringkat awalnya tidak disembah oleh kaum itu. Namun masa berlalu dan generasi awal kaum ini meninggal dunia, generasi baru yang menggantikannya banyak melupakan ajaran agama sebenar. Syaitan sekali lagi memainkan peranan untuk menyesatkan umat manusia dengan membisikkan kepada mereka bahawa generasi sebelum mereka itu menyembah patung berkenaan untuk mendekat diri mereka kepada Allah.
Disebabkan kejahilan mereka terhadap ajaran agama maka bermulalah amalan menyembah patung orang soleh itu atas dasar mengagungkan dan kecintaan terhadap mereka serta ia dijadikan sebagai objek perantaraan untuk memohon doa serta syafaat. Al-Laata yang juga antara berhala terbesar pada zaman jahiliah di Makkah juga nama seorang yang masa hidupnya gemar memberi makanan kepada jemaah haji yang mengunjungi Kaabah
Bab ini juga menerangkan tentang bahawa orang yang hampir mati atau dalam keadaan nazak apabila dia ingin bertaubat ketika saat itu maka taubatnya tidak akan diterima. Pendapat ini adalah kelihatan kurang tepat kerana Allah selalu berfirman menganjurkan supaya bertaubat pada bila-bila masa sahaja. Firman Allah:
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
Dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) Dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.
الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدْتَهُمْ وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ وَقِهِمُ السَّيِّئَاتِ وَمَنْ تَقِ السَّيِّئَاتِ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمْتَهُ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji Tuhannya; dan beriman kepadanya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! rahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka."Wahai Tuhan kami! dan masukkanlah mereka ke Dalam syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya); dan (sebenarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya; dan yang demikian itulah kemenangan yang besar (nilainya)".
al-Qardhawi (1998:17) berkata: cukup banyak ayat-ayat dalam al-Quran yang memberitahu bahawa bagi orang bertaubat mereka mendapat pengampunan dari Allah s.w.t jika taubat mereka benar-benar tulus dan ikhlas terhadap Allah s.w.t. Penerimaan terhadap taubat ini adalah kurnia dari Allah s.w.t berdasarkan rahmatnya.
Dalam bab syafaat, pengarang sentiasa menyebut tentang berkaitan dengan Syafaat di hari akhirat. Pertolongan itu hanya diberikan dari orang yang dipilih oleh Allah sahaja, dan ianya diberikan bagi orang yang benar-benar layak menerimanya. Orang kafir adalah tidak layak menerima apa-apa syafaat dari siapa-siapa pun. Pengarang kebanyakannya mebawa banyak hadith dan dalil yang menerangkan tentang kebenaran dan pastinya berlaku Syafaat di akhirat kelak. Ini bertepatan dengan apa yang disebut oleh Umar Sulaiman al-Asyqar (2002: 399) dan Moh. Abdai Rathomy (1974: 96) dalam bukunya Ensiklopedia Hari Kiamat dan Inilah Hari Pembalasan berkenaan dengan Syafaat. beliau menyebut banyak Hadith yang menerangkan tentang Syafaat agung dan beliau menyampaikan sebahagian dari hadith di antaranya:
حدثنا ابن أبي عمر حدثنا سفيان عن ابن جدعان عن أبي نضرة بن سعيد قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم أنا سيد ولد آدم يوم القيامة وبيدي لواء الحمد ولا فخر وما من نبي يومئذ آدم فمن سواه إلا تحت وأنا أول من تنشق عنه الأرض ولا فخر
قال أبو عيسى وفي الحديث قصة وهذا حديث حسن صحيح
وقد روي بهذا الإسناد عن أبي نضرة عن ابن عباس عن النبي صلى الله عليه وسلم
قال أبو عيسى وهذا حديث حسن صحيح
Aku adalah penghulu segenap anak adam, ini bukan untuk bermegahan. Di tangan akulah bendera pujian dan ini juga bukan untuk aku bermegahan. Tidak ada seorang nabi pun pada hari itu, baik nabi adam atau nabi yang seterusnya melainkan semuanya dibawah benderaku akulah orang yang pertama kali yang memberikan Syafaat dan orang yang pertamakali diizinkan untuk memberikan Syafaat dan yang sedemikian rupa dan ini juga bukan untuk bermegah-megahan
Di hari Akhirat kelak, menurut Umar Sulaiman al-Asyqar adalah sesuatu yang sahih dan ini pasti berlaku di hari kiamat. Banyak lagi hadith yang menyentuh tentang Syafaat selain dari ayat al-Quran yang telah dibawa oleh pengarang di dalam buku beliau sebelum ini telah dijelaskan oleh penulis. Maka tiada ragu lagi bahawa Syafaat akan berlaku di hari Kiamat kelak.
Dalam bab Iman dan Taqwa, pengarang banyak menyentuh berkenaan dengan taqwa, iman dan Amal Soleh. Pengarang menyebut bahawa Allah selalu menyifatkan sifat seorang Mukmin dengan ketaqwaan. Pengarang juga sentiasa menyebut keimanan dan ketaqwaan adalah asas kepada penghuni Syurga. Kesemua pendapat pengarang ini selaras dengan apa yang disebut oleh Ali Akbar Osman (1996: 1-15) tentang Iman dan amal soleh yang berdalilkan ayat al-Quran dari surah al-Baqarah ayat 25 dan 82:
وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِزْقًا قَالُوا هَذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِنْ قَبْلُ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada Kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.
Dalam beberapa ayat yang disebut di atas, Ali Akbar Osman (1996: 1-15) menyatakan bahawa Allah mengakui bahawa orang yang bersungguh-sungguh beriman adalah orang yang membuktikan imannya dengan amal soleh dan bukan hanya sekadar menyatakannya sahaja. Mereka akan dimasukkan ke syurga yang mana pintunya akan dibukakan untuk mereka. Mereka akan diberi perhiasan dengan gelang emas dan mutiara serta pakaian sutera halus dan tebal.
Dalam persoalan taqwa pula, kenikmatan di syurga dan kedudukan mereka di dalamnya disebutkan dalam al-Quran surah al-Imran ayat 15 hingga 17. Allah berfirman:
قُلْ أَؤُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرٍ مِنْ ذَلِكُمْ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَأَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَرِضْوَانٌ مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنْفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالأسْحَارِ
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mahukah supaya Aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan hamba-hambaNya; (Iaitu) orang-orang yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa Kami dan peliharalah Kami dari azab neraka" (dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.
Begitu juga dalam surah Al-Imran ayat 133 hingga 136:
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
Menurut Ali Akbar Osman (1996: 24) lagi, orang yang bertaqwa ini adalah hatinya selalu berduka, sedang mereka menahan diri dari berbuat jahat. Tubuhnya krus, keperluannya sedikit, dan mempunyai sifat Iffah iaitu memelihara kehormatan diri. Dunia sentiasa mengejarnya tetapi mereka sentiasa lari dari dunia. Mereka adalah orang yang sabar dalam melalui hari-hari dunia yang sementara untuk dgantikan dengan hari-hari istirehat yang panjang. Di kala malam mereka berdiri untuk Qiamullail dan membaca al-Quran.
Dalam bab akal pula, pengarang menekankan tentang prinsip dan peranan akal terhadap manusia. Akal lah yang membenteng diri manusia dari kejahatan. Akal juga adalah penyebab manusia ditaklif oleh Allah berbeza dengan makhluik yang lain. Melalui akal, manusia tidak akan terpesong dari apa yang dikehendaki oleh Allah lalu melakukan kejahatan kerana akal mempunyai daya kekuatan dalam membezakan baik dan buruk. Akal juga lah digunakan untuk mengingati kematian, mengetahui akan nada pembalasan, kesempurnaan ibadah dan sebagainya sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini bahawa kejahilan tidak akan menjadikan satu-satu ibadah mendapat pahala. Peranan Akal ini ada juga disebut oleh Moh. Abdai Rathomy (1974: 12) yang menyatakan dalam bukunya Inilah Hari Pembalasan. Peranan akal salah satunya juga adalah untuk mengingatkan manusia pada kematian malah manusia diwajibkan untuk mengingati kematian kita sendiri yang mana pasti kita akan menemui saat ajal kita. Maka kepentingan untuk mengingatinya adalah supaya kita dapat sentiasa bertqwa dan takut kepada Allah s.w.tdengan cara itu sahajalah kita mampu memperoleh keredhaan dari Allah. Rasulullah pernah bersabda:
ابن اليمان وأبو سعيد الخدري وأنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم إذ اقبل فتى من الأنصار فسلم على رسول الله ثم جلس فقال يا رسول الله أي المؤمنين أفضل قال أحسنهم خلقا قال فأي المؤمنين أكيس قال أكثرهم ذكرا للموت وأحسنهم استعدادا له قبل أن ينزل به اولئك الأكياس
Sepandai-pandai manusia adalah orang yang lebih banyak ingatnya kepada mati dan sangat cukup persiapannya untuk menemui kematian itu. Orang yang sedemikian itulah yang benar-benar disebut orang-orang yang pandai…
Begitu juga sebagaimana yang disebut oleh Yusuf al-Qardhawi bahawa mengingati mati menggunakan Akal adalah pengasah bagi ketajaman hati. Setiap orang Muslim yang berakal percaya bahawa setiap sesuatu pasti binasa, ala mini akan dibalikkan permukaannya, setiap sendinya akan dihancurka, cirri-cirinya akan berubah dan semuanya akan terbelah berkeping-keping dan semua makhluk yang hidup akan mati (al-Qardhawi. 1998: 243)
Dalam bab amanat, pengarang telah menyebut bahawa manusia ini telah diberikan satu amanah oleh Allah yang man menjadi taklf kepada manusia di atas muka bumi ini. Amanat adalah sesuatu yang berat yang harus dipikul oleh manusia seluruhnya untuk dipertanggungjawabkan semula di akhirat kelak. Amanah ini pula akan dihisab di akhirat kelak mengikut segala apa yang telah dipertanggungjawabkan di atas muka bumi. Perkaitan antara bab Amanat dan hisab, penulis menggabungkan keduanya kerana keduanya mempunyai perkaitan. Hisab menurut Umar Sulaiman al-Asyqar (2002: 411) adalah meliputi pertanyaan Allah kepada para hambanya dan jawapan mereka kepada Allah, saksi-saksi yang dihadapkan, argument yang dibahaskan dan bukti-bukti yang ditunjukkan kepada para hamba Allah. Allah berfirman dalam surah al-Zumar ayat 69:
وَأَشْرَقَتِ الأرْضُ بِنُورِ رَبِّهَا وَوُضِعَ الْكِتَابُ وَجِيءَ بِالنَّبِيِّينَ وَالشُّهَدَاءِ وَقُضِيَ بَيْنَهُمْ بِالْحَقِّ وَهُمْ لا يُظْلَمُونَ
Dan akan bersinar terang-benderanglah bumi (hari akhirat) dengan cahaya Tuhannya; dan akan diberikan Kitab suratan amal (untuk dibicarakan); dan akan dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi; dan akan dihakimi di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.
Bagi orang Kafir, ulama berselisih pendapat bahawa sama ada mereka akan dihisab atau tidak. Menurut Ibnu Taimiyyah, antara mereka yang berpendapat bahawa orang kafir tidak dihisab adalah Abu Bakr Abd Aziz, Abu al-Hasam al-Tamimi, dan Abu Ya’la. Mereka yang berpendapat bahawa orang kafir akan dihisab pula adalah Abu Hafs al-Barmaki (sahabat Imam Ahmad), Abu Sulaiman al-Dimasyqi dan Abu Thalib (Ibn Taimiyyah. 1983. Juz 4. Hlm. 305). Banyak Nas yang menunjukkan orang kafir akan dihisab antaranya dalam Surah al-Mukminun ayat 103 hingga 105:
وَيَوْمَ يُنَادِيهِمْ فَيَقُولُ أَيْنَ شُرَكَائِيَ الَّذِينَ كُنْتُمْ تَزْعُمُونَ قَالَ الَّذِينَ حَقَّ عَلَيْهِمُ الْقَوْلُ رَبَّنَا هَؤُلاءِ الَّذِينَ أَغْوَيْنَا أَغْوَيْنَاهُمْ كَمَا غَوَيْنَا تَبَرَّأْنَا إِلَيْكَ مَا كَانُوا إِيَّانَا يَعْبُدُونَ وَقِيلَ ادْعُوا شُرَكَاءَكُمْ فَدَعَوْهُمْ فَلَمْ يَسْتَجِيبُوا لَهُمْ وَرَأَوُا الْعَذَابَ لَوْ أَنَّهُمْ كَانُوا يَهْتَدُونَ وَيَوْمَ يُنَادِيهِمْ فَيَقُولُ مَاذَا أَجَبْتُمُ الْمُرْسَلِينَ
Dan pada hari (kiamat itu) Allah menyeru mereka lalu bertanya:" mana Dia sekutu-sekutuKu, yang kamu anggap mereka (menjadi Tuhan dan dapat memberikan pertolongan)?" Mereka yang berhak menerima hukuman (azab neraka) berkata: "Wahai Tuhan kami, Inilah mereka yang Kami menyebabkan kesesatannya, Kami menyebabkan mereka sesat (dengan pilihan mereka sendiri) sebagaimana Kami telah sesat (dengan pilihan Kami sendiri); (dengan ini) Kami mengakui kepadamu Bahawa Kami berlepas diri (dari kekufuran mereka). bukanlah Kami yang mereka puja dan taati, (bahkan mereka hanya memuja dan mentaati hawa nafsu mereka sendiri)". Dan dikatakan (kepada mereka): panggilah makhluk-makhluk dan benda-benda yang kamu jadikan sekutu Allah (untuk menolong kamu)". lalu mereka memanggilnya, tetapi makhluk-makhluk dan benda-benda itu tidak menyahut panggilan mereka; dan mereka tetap melihat azab (dengan merasa sesal) serta bercita-cita kalaulah mereka di dunia dahulu menurut petunjuk. Dan pada hari (kiamat itu) Allah menyeru mereka lalu bertanya: "Apa jawab kamu kepada Rasul-rasul yang diutus kepada kamu dahulu?
Mereka yang kafir dan yang membuat maksiat akan dipertanggungjawabkan semula atas amanah yang telah dberikan oleh Allah didunia ini iaitu Taklif sebagai manusia, yang mana ketika dihisab, mereka tidak mampu berhujah lagi di hadapan Allah dan makhluk yang lain.
Dalam bab Siksa dan Jahanam menurut buku ini, ianya banyak menjelaskan tentang siksaan-siksaan yang dihadapi oleh orang yang ingkar kepada Allah. Mereka akan dicampakkan ke dalam api neraka dalam keadaan yang mengerikan. Pengarang juga memberikan gambaran-gamabaran mereka yang akan menuju ke api Neraka. Pengarang juga banyak menyebut berkaitan jenis-jenis siksaan yang akan dihadapi oleh golongan ini. pengarang juga ada menyentuh beberapa isu apa yang akan berlaku dihari kiamat kelak seperti manusia akan bingung, ibu yang menyusu anak tidak menghiraukan lagi anaknya dan sebagainya. Pengarang juga ada menyebut berkaitan dengan kedasyatan merasai maut. Perkara ini jelas di sebut oleh al-Ghazali, Umar Sulaiman al-Asyqar dan Moh Abdai Rathomy dalam buku-buku mereka. Orang-orang yang masuk ke dalam neraka jumlahnya adalah tidak terbilang, ukuran tubuh mereka demikian besarnya sehingga gerahamnya sama besar dengan gunung uhud, jarak antara kedua bahunya melebihi tiga hari perjalanan kaki. Neraka adalah ibarat mesin Giling tempat orang membawa ribuan tan gandum untuk digiling tanpa henti. Apabila habis digilingnya, maka ia meminta untuk ditambah lagi (al-Jazari. 1980. Juz 10. Hlm. 544). Begitu juga dengan Moh Abdai Rathomy yang menggambarkan neraka mengatakan, Allah menjelaskan sifat-sifat neraka yang menyebabkan tertegaknya bulu roma kita apabila mendengarnya, siksaanya begitu menyayat hati, itu bukanlah untuk berlebih-lebihan (dalam memberikan gambaran) tetapi ianya memang benar-benar demikian bagi mereka yang mempercayainya. Dalam hal kepedihahn dan siksanya api neraka itu allah berfirman dalam surah al-Tahrim ayat 6:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam Segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala yang diperintahkan.
Makanan para Ahli neraka pula adalah sebuah pohon yang sangat buruk sekali. Rasanya amat pahit, baunya amat busuk dan minuman dalam neraka adalah nanah dan air panas yang sedang mendidih sebagaiman firman Allah surah al-Safat ayat 62 hingga 67:
أَذَلِكَ خَيْرٌ نُزُلا أَمْ شَجَرَةُ الزَّقُّومِ إِنَّا جَعَلْنَاهَا فِتْنَةً لِلظَّالِمِينَ إِنَّهَا شَجَرَةٌ تَخْرُجُ فِي أَصْلِ الْجَحِيمِ طَلْعُهَا كَأَنَّهُ رُءُوسُ الشَّيَاطِينِ فَإِنَّهُمْ لآكِلُونَ مِنْهَا فَمَالِئُونَ مِنْهَا الْبُطُونَ ثُمَّ إِنَّ لَهُمْ عَلَيْهَا لَشَوْبًا مِنْ حَمِيمٍ
Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum? Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di Akhirat). Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang; Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan; Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut darinya. Kemudian, Sesungguhnya mereka akan beroleh lagi - selain itu- satu minuman campuran dari air panas yang menggelegak.
Saat menjelang kematian pula adalah merupakan satu kedasyatan yang teramat sangat. Ini disebut juga oleh al-Ghazali, katanya, keluarbiasaan rasa sakitnya maut tidak dapat diketahui oleh orang-orang yang belum pernah merasainya. Kita tidak dapat mengtahuinya melainkan dari analisis yang terbatas pengetahuannya. Sakaratulmaut adalah ungkapan tentang rasa sakit yang menyerang isi jiwa dan menjalar ke seluruh bahagian jiwa sehingga tidak ada lagi satu pun dari bahagian jiwa itu terlepas dari perasaan sakit itu. Diumpamakan beliau perbandingan dengan luka yang tertusuk pisau dan luka terbakar sehingga tersiat-siat segala isi dan kulit yang wujud pada badan ini. luka pisau hanya sekadar luka pada satu tempat sedangkan terbakar adalah seluruhnya.(al-Ghazali. 1999: 52).
Berkenaan Kiamat pula, berbagai-bagai definisi atau pengertian yang diberikan oleh ulama’ mengenainya. Al-Quran menjelaskan dalam surah al-Rahman ayat 26 dan 27:
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلالِ وَالإكْرَامِ
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa: Dan akan kekalah zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan
Al-Ghazali dan al-Qurtubi telah meriwayat dan menghitung beberapa nama dan mencapai sebanyak lima puluh nama bagi Hari Kiamat sebagaimana yang diterangkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani (Ibnu Hajar al-Asqalani. 1993. Juz 11. Hlm. 396). Imam al-Qurtubi telah menjelaskan nama-nama ini mengikut takrif dan tafsirannya. Sebenarnya ia mengambil penjelasan dari buku Siraj Al-Muridin karya Ibnu Arabi akan tetapi mungkin beliau juga memberi sedikit penjelasan dan penambahan dalam penafsiran di mana-mana tempat (al-Qurtubi. 1984: 233). Sebahagian ulama pula mengemukakan hasil pendapat mereka tanpa ada penjelasan. Di antara mereka adalah Ibnu Najah dalam kitabnya Subul Khairat, Imam al-Ghazali dalam Ihya’ dan Ibnu Qutaibah dalam Uyun al-Akbar (al-Qurtubi. 1984: 232). Berkenaan dengan hari kiamat ini Allah berfirman dalam surah al-Bqarah ayat 232:
ذَلِكَ يُوعَظُ بِهِ مَنْ كَانَ مِنْكُمْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكُمْ أَزْكَى لَكُمْ وَأَطْهَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ
Demikianlah diberi ingatan dan pengajaran Dengan itu kepada sesiapa di antara kamu Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih suci. dan (ingatlah), Allah mengetahui (akan apa jua Yang baik untuk kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.
Dalam sebuah hadith Nabi bersabda:
حدثنا عبيدالله بن معاذ العنبري حدثنا أبي حدثنا شعبة عن النعمان بن سالم قال سمعت يعقوب بن عاصم بن عروة بن مسعود الثقفي يقول سمعت عبدالله بن عمرو وجاءه رجل فقال ما هذا الحديث الذي تحدث به ؟ تقول إن الساعة تقوم إلى كذا وكذا فقال سبحان الله أو لا إله إلا الله أو كلمة نحوهما لقد هممت أن لا أحدث أحدا شيئا أبدا إنما قلت إنكم سترون بعد قليل أمرا عظيما يحرق البيت ويكون ويكون ثم قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم يخرج الدجال في أمتي فيمكث أربعين ( لا أدري أربعين يوما أو أربعين شهرا أو أربعين عاما ) فيبعث الله عيسى بن مريم كأنه عروة بن مسعود فيطلبه فيهلكه ثم يمكث الناس سبع سنين ليس بين اثنين عداوة ثم يرسل الله ريحا باردة من قبل الشأم فلا يبقى على وجه الأرض أحد في قلبه مثقال ذرة من خير أو إيمان إلا قبضته حتى لو أن أحدكم دخل في كبد جبل لدخلته عليه حتى تقبضه قال سمعتها من رسول الله صلى الله عليه وسلم قال فيبقى شرار الناس في خفة الطير وأحلام السباع لا يعرفون معروفا ولا ينكرون منكرا فيتمثل لهم الشيطان فيقول ألا تستجيبون ؟ فيقولون فما تأمرنا ؟ فيأمرهم بعبادة الأوثان وهم في ذلك دار رزقهم حسن عيشهم ثم ينفخ في الصور فلا يسمعه أحد إلا أصغى ليتا ورفع ليتا قال وأول من يسمعه رجل يلوط حوض إبله قال فيصعق ويصعق الناس ثم يرسل الله - أو قال ينزل الله - مطرا كأنه الطل أو الظل ( نعمان الشاك ) فتنبت منه أجساد الناس ثم ينفخ فيه أخرى فإذا هم قيام ينظرون ثم يقال يا أيها الناس هلم إلى ربكم وقفوهم إنهم مسؤلون قال ثم يقال أخرجوا بعث النار فيقال من كم ؟ فيقال من كل ألف تسعمائة وتسعة وتسعين قال فذاك يوم يجعل الولدان شيبا وذلك يوم يكشف عن ساقش ( فيبعث الله عيسى ) قال القاضي رحمه الله تعالى نزول عيسى عليه السلام وقتله الدجال حق وصحيح عند أهل السنة للأحاديث الصحيحة في ذلك وليس في العقل ولا في الشرع ما يبطله فوجب إثباته ( في كبد جبل ) أي وسطه وداخله وكبد كل شيء وسطه ( في خفة الطير وأحلام السباع ) قال العلماء معناه يكونون في سرعتهم إلى الشرور وقضاء الشهوات والفساد كطيران الطير وفي العدوان وظلم بعضهم بعضا في أخلاق السباع العادية ( أصغى ليتا ورفع ليتا ) أصغى أمال والليت صفحة العنق وهي جانبه ( يلوط حوض إبله ) أي يطينه ويصلحه ( كأنه الطل أو الظل ) قال العلماء الأصح الطل وهو الموافق للحديث الآخر أنه كمني الرجال ( يكشف عن ساق ) قال العلماء معناه يوم يكشف عن شدة وهول عظيم أي يظهر ذلك يقال كشفت الحرب عن ساقها إذا اشتدت وأصله أن من جد في أمره كشف عن ساقه مشمرا في الخفة والنشاط له
Dalam Hadith ini ada disebutkan: “Kemudian ditiuplah sangkakala lalu setiap orang mendengarnya dengan sungguh-sungguh. Orang pertama yang mendengarnya ialah lelaki yang sedang menyediakan tempat minum untanya lalu matilah ia, maka matilah keseluruhan manusia”
Mengenai bab Syurga dan kenikmatannya pula, pengarang menggambarkan tentang sifat-sifat Syurga yang penuh dengan kenikmatan yang mana di dalamnya manusia penuh dengan keinginan. Di antara sifat-sifat yang disebutkan pengarang adalah dibawah Syurga terdapat sungai yang mengalir, kenikmatan tidak terhingga, dan segala kehendak akan tercapai tanpa perlu menunggu. Kesemua ini Allah rahsiakan dari pengetahuan manusia dari semua sudut sama ada kaifiat mahupun gambaran yang lain. Ini adalah satu kejutan bagi manusia di akhirat nanti. Pengrang menyifatkan tentang manusia yang akan mamasuki syurga iaitu dari sudut jasad manusia yang mana jasad tersebut adalah bersifat kekal dan lebih kukuh dari sebelumnya. Pengarang menyentuh pula nikmat yang tidak terhingga ketika di Syurga iaitu kenikmatan yang semua manusia idamkan iaitu melihat wajah Allah s.w.t.
Pandangan yang diberikan oleh pengarang bersesuaian dengan firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 25:
وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِزْقًا قَالُوا هَذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِنْ قَبْلُ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada Kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka yalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.
Diantara sifat Syurga adalah mempunyai sungai-sungai yang mengalir yang bersih, buah-buahan yang sedap dan berbagai rezeki lagi yang dikurniakan Allah buat penghuni Syurga. Menurut ‘Aidh bin Abdullah al-Qarni, ulama berkata: Syurga bererti taman. Oleh juga disebut taman yang ada di dunia dengan Syurga. Mengenai mata air pula dikatakan bahawa mata air yang ada di syurga adalah mata air yang bersih dan jernih. Dikatakan pula bahawa mat air tersebut adalah berupa sungai yang mengalir dan ianya memilik suara. Sungai Rasulullah pula panjangnya antara kawasan Shan’ sehingga ke baitulmaqdis. Panjang dan lebarnya adalah sejauh perjalanan kaki selama satu bulan. Warnanya lebih putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu. Jumlah cabangnya adalah sama jumlah dengan bintang di langit (al-Qarni. 2009: 206)
Diantara kenikmatan paling bernilai bagi Ahli Syurga adalah melihat tuhannya sepertimana yang disebut oleh pengarang. Ini dapat dikuatkan dari pandangan ‘Aidh bin Abdullah al-Qarni yang menyebut bahawa sebahagian dari kemulian penghuni Syurga adalah mereka mampu melihat kepada Zat Allah dengan sebenar-benarnya (al-Qarni. 2009: 231). Ini dapat dibuktikan berdasarkan Hadith riwayat Muslim:
حدثنا عبيدالله بن عمر بن ميسرة قال حدثني عبدالرحمن بن مهدي حدثنا حماد بن سلمة عن ثابت البناني عن عبدالرحمن بن أبي ليلى عن صهيب عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذا دخل أهل الجنة الجنة قال يقول الله تبارك وتعالى تريدون شيئا أزيدكم ؟ فيقولون ألم تبيض وجوهنا ؟ ألم تدخلنا الجنة وتنجنا من النار قال فيكشف الحجاب فما أعطوا شيئا أحب إليهم من النظر إلى ربهم عز وجل
Diriwayatkan dari Shuhaib dalam Sahih Muslim: “Sesungguhnya Allah berkata kepada penghuni Syurga, apakah kamu menginginkan suatu kenikmatan? Penghuni Syurga menjawab, Wahai Tuhan, Apa lagi yang kami inginkan? Muka dan tanah kami sudah begitu bersih. Allah berkata: sesungguhnya bagiku kamu masih memiliki janji yang tidak boleh kamu ingkari. Rasul berkata, lalu Hijab terbuka dari Zat Allah dan para penghuni Syurga melihat kenikmatan yang lebih besar daripada kenikmatan melihat Zat Allah. Ini adalah Kenikmatan yang didapatkan pada hari tambahan iaitu Hari Jumaat”.
Syurga sebagaimana yang disebut oleh pengarang juga adalah bersifat kekal, penghuninya juga adalah bersifat kekal abadi selama-lamanya. Allah menjadikan di akhirat kelak, badan yang lebih kukuh berbanding di dunia, pertamanya kerana untuk menikmati kehidupan di Syurga buat selamanya dan kedua untuk manusia merasai siksa dan azab di neraka tanpa ada pengurangan rasa siksa itu sedikit pun. Ini dapat dibuktikan lagi menurut surah al-Kahfi ayat 107 dan 108:
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلا خَالِدِينَ فِيهَا لا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلا
Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah). Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.
Al-Asyqar (2002: 621) berkata, dengarlah seruan Ilahi yang ditujukan kepada para penghuni Syurga setelah masuk ke dalamnya. Aku jamin kamu akan sentiasa sehat tidak pernah sakit, kamu akan hidup terus tanpa mati, kamu akan sentiasa muda tanpa menjadi tua, dan kamu akan selalu bahagia tanpa merasa sedih.
Menurut al-Qarni (2009: 233) pula, antara keyakinan Ahli Sunah adalah berkenan dengan kekalnya Syurga dan tidak akan binasa ianya. Para penghuni Syurga akan kekal di dalamnya tidak akan pernah mati. Syeikh Hafiz bin Ahmad al-Hakami mengatakan bahawa neraka dan Syurga itu sudah ada dan keduanya tidak akan rosak.
Bally's Casino Resort: 2022 Room Prices, Deals & Reviews
ReplyDeleteBally's 나주 출장마사지 Casino Resort in Atlantic City, New Jersey. Located in the 세종특별자치 출장마사지 entertainment district, 원주 출장샵 this hotel is within a 15-minute drive of Borgata Room Windows: Windows Do OpenMeeting Rooms: 3 View Spaces Rating: 3.5 · 부천 출장안마 15,047 reviews · Price range: 창원 출장마사지 Expensive