BAB 5
KESIMPULAN
Gerakan Syiah memang telah lama wujud di Selangor jika dilihat dari pandangan 3 orang responden yang telah ditemu bual. Hasilnya, gerakan Syiah yang masih berterusan di Selangor sehingga ke hari ini adalah sesuatu yang memberangsangkan. Penyelewengan yang berlaku dalam Syiah ini sebenar bukanlah dari sudut ibadah dan syariat sahaja, malah akidah mereka juga. Kedatangan fahaman Syiah ini diakui dan dipercayai oleh sebilangan besar penganut fahaman mereka adalah ketika selepas revolusi Iran. Tetapi jika kita lihat dalam kajian yang dilakukan oleh Kamis bin Ismail, bertajuk Shi’ah dan Pengaruhnya Dalam Bidang Politik dan Tasawuf Falsafah di Alam Melayu Zaman Tradisional, beliau membincangkan secara mendalam tentang kedatangan Syiah ke Tanah Melayu dan menurut pendapat dan penemuan-penemuan dari kajian yang beliau lakukan, sebenarnya Syiah telah datang ke Tanah Melayu sejak awal kerajaan Melayu Melaka lagi, malah lebih awal dari itu. Tetapi perbahasan mengenainya begitu panjang, dan pendapat-pendapat yang beliau kemukakan adalah terlalu banyak. Malah pandangan Kamis ini disokong juga oleh salah seorang responden penulis yang mana beliau merupakan pensyarah di salah sebuah universiti tempatan.
Hakikatnya, seawal mana kedatangan Syiah ke alam Melayu, tidaklah dapat dipastikan secara putus, tetapi apa yang dapat kita simpulkan wujudnya Syiah di alam Melayu sehingga ke hari ini adalah satu kebenaran yang tidak dapat dinafikan oleh kita sendiri, malah perkembangan gerakan Syiah di alam Melayu dari dahulu sehingga ke hari ini memang sesuatu yang memberangsangkan. Ini dapat dibuktikan di dada-dada akhbar bertarikh 17 Disember 2010 yang mana mereka membuat liputan tentang serbuan terhadap salah sebuah markas terbesar Syiah yang lokasinya terletak di Sri Gombak, dan ketika serbuan dibuat, seramai dua ratus orang telah ditahan untuk membantu siasatan. Dalam temu bual penulis bersama golongan Syiah ini pula, mereka juga bersetuju bahawa perkembangan Syiah ini di tahap yang tinggi kerana mereka sebenarnya telah lama bertapak di alam Melayu.
Dari sudut ajaran-ajaran yang digunapakai oleh Syiah di Selangor pula, mereka memang sebenarnya mengamalkan ajaran-ajaran asas yang telah diketahui oleh kita dalam kitab-kitab mereka seperti memuja-muja saidina Ali r.a, menafikan kepimpinan 3 orang khalifah sebelum Ali r.a dan lain, bersolat menggunakan batu dari tanah Karbala’ dan sebagainya, dan terbukti, memang mereka melakukan apa yang terdapat dalam kitab-kitab Syiah. Malah mereka juga beriktiqad dengan apa yang diberitahu oleh mereka dari tuan-tuan guru Syiah sendiri seperti mengkafirkan para sahabat Nabi s.a.w, beriktiqad bahawa al-Quran sekarang telah diubah oleh saidina Uthman, dan yang lebih teruk lagi menafikan hadith yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunah seperti Bukhari dan Muslim sekalipun hadith tersebut adalah bertaraf mutawatir. Penyelewengan yang mereka lakukan adalah sesuatu yang sangat berat terhadap Islam. Malah sesuatu yang boleh membawa kepada kesesatan dari sudut Akidah dan Syariat. Mereka begitu mudah menafikan hadith mutawatir kerana mengikut pandangan mereka golongan yang meriwayatkan hadith ini di sisi mereka bukanlah seorang yang thiqah. Malah dengan mudah mereka beralasan, hadith yang dipegang oleh mereka adalah hadith sahih berasaskan dari Imam mereka yang dianggap mereka sebagai seorang yang thiqah, malah taraf Imam mereka adalah lebih tinggi dari taraf Imam yang dianggap thiqah oleh golongan Sunni. Dengan itu tiada hujah yang boleh diguna pakai oleh Ahli Sunah untuk menolak pegangan mereka terhadap hadith ini kerana bagi mereka hadith sahih adalah apa yang disahihkan oleh ulama mereka sahaja.
Banyak lagi penyelewengan-penyelewangan yang berlaku di dalam mazhab Syiah yang diamalkan di Malaysia dan khususnya di Selangor ini. Penyelewengan yang dilakukan oleh golongan Syiah ini adalah bersumberkan dari kitab-kitab yang dikarang oleh ulama Syiah sendiri serta apa yang diajarkan oleh ulama-ulama Syiah yang datang dari Iran dan tempat-tempat lain ke Malaysia. Sehubungan dengan itu bagi membendung gejala ajaran sesat yang memang sudah banyak di Malaysia ini, beberapa pihak perlu memainkan peranan penting. Antaranya seperti Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Polis Diraja Malaysia, dan jabatan-jabatan agama lain perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam membendung gejala ajaran sesat ini. Jika tidak dimulakan dari sekarang, atau ditangguh-tangguhkan tindakan terhadap ajaran-ajaran ini maka generasi akan datang akan menerima akibatnya sehingga berlakulah apa yang telah berlaku di Iran pada tahun 1979, iaitu penggulingan kerajaan Ahli Sunah kepada kerajaan Syiah.
Penyelewengan dan penyebaran ajaran Syiah ini menjadi mudah berkembang adalah kerana ceteknya ilmu dan kurangnya penggunaan akal fikiran serta kemahuan untuk mengambil jalan mudah dalam memahami agama dikalangan individu Muslim yang ada di Malaysia ini. Mungkin kerana sikap malas mahu belajar, kurangnya menghadiri kelas agama dan ketidakmahuan dalam menuntut ilmu fardu ain dalam diri umat Islam sendiri menyebabkan mereka mudah membiarkan kegelapan masuk ke dalam hati mereka sehingga mencampakkan cahaya Iman keluar dari hati mereka. Kerana itu kerajaan Malaysia juga perlu memainkan perana yang penting dalam mendidik rakyat yang berilmu pengetahuan dari sudut agama serta kebijaksanaan menggunakan akal supaya mereka ini tidak mudah untuk terjebak dalam aliran-aliran yang tidak harus mereka anuti ini. Moga-moga kajian yang telah penulis lakukan ini sedikit sebanyak dapat membantu pelabagai pihak sama ada Polis, atau mana-mana jabatan agama Islam yang lain dalam membendung masalah-masalah yang terdapat dalam masyarakat di Selangor khususnya dan di Malaysia umumnya.
Bibliografi
Abdul Rahim al-Dahlawi. 1995. Hujjat al-Balighah. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Aboe Bakar Ajteh. 1977. Aliran Syi'ah Di Nusantara. Jakarta: Islamic Research Institute.
al-Baihaqi, Ahmad ibn al-Husain. 1980. Sunan al-Kubra. Jil. 10. Kaherah. Dar al-Fikr.
al-Dimasyqi, Abi Bakar. Dufi’a Syibh min Syibh wa tamarud wa nasb zalik ila al-Sayyid al-Jalil al-Imam Ahmad. Bab Qissah al-Rahibin ma’a Abi ‘Abd Allah.
al-Hakim al-Naisaburi, Muhamad bin Abd Allah. 1986. Al-Mustadrak ‘ala Sahihain. Juz 3. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Ibn Babawaih, Muhammad bin Ali bin Husain. 1985. Man la yahdhurhu al-Faqih. Juz 1. Beirut: Dar al-Adwa’.
Ibnu Kathir, Ismail bin Umar bin Kathir al-Qurasyi. 1966. Al-Bidayah wa al-Nihayah. 14 Juz. Beirut: Dar al-Ma’arif.
Ibn Taimiyyah, Ahmad Ibn Abd al-Halim. 1322. Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah fi Naqd Kalam Syiah al-Qadariyyah. Baihaq: Matbaah Amiriyyah.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 2010. Portal e-Fatwa.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/perkembangan-fahaman-syiah-di-selangor [14 Disember 2010]
al-Kulaini, Abu Jaafar Muhammad bin Yaakub. 1992. Usul al-Kafi. Beirut: Dar al-Adwai.
Lutpi Ibrahim. 1993. Minhaj Kebenaran dan Pendedahan (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad). Cet. I. al-Wahdah Publication.
al-Mufid, al-Imam Abi Abd Allah bin Muhamad bin Muhamad bin al-Nu’man. 413H. al-Irsyad. Beirut: Muassasah al-‘Alami li al-Matbu’at.
Muhammad Jawad. 1979. Syiah fi al-Mizan. Beirut: Dar Ta’aruf Lil Matbu’at.
Muslim, Muslim bin al-Hajjaj Abu al-Hasin al-Qasyiri al-Naisaburi. Sahih Muslim. Kitab al-Iman. Bab Bayan Arkan al-Islam wa da’aimahu al-‘Izham.
al-Muzaffar, Muhamad Redha. 1961. Aqaid Imamiah. Kaherah: Matba’ah Nur al-Amal.
Said bin Mansur. Sunan Said bin Mansur. Bab Ma Ja’a Fi al-Mut’ah.
Al-Tirmizi, Muhammad bin Isa Abu Isa. Sunan al-Tirmizi. Kitab al-Manaqib. Bab Manaqib Ahli al-Nabiyy Sallallahu ‘alaihi Wa Sallam.
Al-Tirmizi, Muhammad bin Isa Abu Isa. Sunan al-Tirmizi. Kitab al-Iman. Bab Wasafa Jibril Li al-Nabiyy Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam al-Iman Wa al-Islam.
al-Tusi, Muhamad bin al-Hasan. 1980. al-Nihayah fi Mujarrad al-Fiqh wa al-Fatawa. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi.
Bibliografi
Abdul Rahim al-Dahlawi. 1995. Hujjat al-Balighah. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Aboe Bakar Ajteh. 1977. Aliran Syi'ah Di Nusantara. Jakarta: Islamic Research Institute.
al-Baihaqi, Ahmad ibn al-Husain. 1980. Sunan al-Kubra. Jil. 10. Kaherah. Dar al-Fikr.
al-Dimasyqi, Abi Bakar. Dufi’a Syibh min Syibh wa tamarud wa nasb zalik ila al-Sayyid al-Jalil al-Imam Ahmad. Bab Qissah al-Rahibin ma’a Abi ‘Abd Allah.
al-Hakim al-Naisaburi, Muhamad bin Abd Allah. 1986. Al-Mustadrak ‘ala Sahihain. Juz 3. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Ibn Babawaih, Muhammad bin Ali bin Husain. 1985. Man la yahdhurhu al-Faqih. Juz 1. Beirut: Dar al-Adwa’.
Ibnu Kathir, Ismail bin Umar bin Kathir al-Qurasyi. 1966. Al-Bidayah wa al-Nihayah. 14 Juz. Beirut: Dar al-Ma’arif.
Ibn Taimiyyah, Ahmad Ibn Abd al-Halim. 1322. Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah fi Naqd Kalam Syiah al-Qadariyyah. Baihaq: Matbaah Amiriyyah.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 2010. Portal e-Fatwa.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/perkembangan-fahaman-syiah-di-selangor [14 Disember 2010]
al-Kulaini, Abu Jaafar Muhammad bin Yaakub. 1992. Usul al-Kafi. Beirut: Dar al-Adwai.
Lutpi Ibrahim. 1993. Minhaj Kebenaran dan Pendedahan (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad). Cet. I. al-Wahdah Publication.
al-Mufid, al-Imam Abi Abd Allah bin Muhamad bin Muhamad bin al-Nu’man. 413H. al-Irsyad. Beirut: Muassasah al-‘Alami li al-Matbu’at.
Muhammad Jawad. 1979. Syiah fi al-Mizan. Beirut: Dar Ta’aruf Lil Matbu’at.
Muslim, Muslim bin al-Hajjaj Abu al-Hasin al-Qasyiri al-Naisaburi. Sahih Muslim. Kitab al-Iman. Bab Bayan Arkan al-Islam wa da’aimahu al-‘Izham.
al-Muzaffar, Muhamad Redha. 1961. Aqaid Imamiah. Kaherah: Matba’ah Nur al-Amal.
Said bin Mansur. Sunan Said bin Mansur. Bab Ma Ja’a Fi al-Mut’ah.
Al-Tirmizi, Muhammad bin Isa Abu Isa. Sunan al-Tirmizi. Kitab al-Manaqib. Bab Manaqib Ahli al-Nabiyy Sallallahu ‘alaihi Wa Sallam.
Al-Tirmizi, Muhammad bin Isa Abu Isa. Sunan al-Tirmizi. Kitab al-Iman. Bab Wasafa Jibril Li al-Nabiyy Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam al-Iman Wa al-Islam.
al-Tusi, Muhamad bin al-Hasan. 1980. al-Nihayah fi Mujarrad al-Fiqh wa al-Fatawa. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi.
Nota kaki
nota kaki
1. Al-Quran. Al-Maidah. 5: 3
2. Tirmizi, Muhammad bin Isa Abu Isa. Sunan al-Tirmizi. Kitab al-Manaqib. Bab Manaqib Ahli al-Nabiyy Sallallahu ‘alaihi Wa Sallam. Juz 5. Hlm. 662.
3. Al-Quran. Al-Ahzab. 33 : 33
4. Al-Quran. Al-Ahzab. 33 : 33
5. Al-Quran. Al-Kahfi. 18: 9
6. Al-Quran. Al-Taubah. 9: 30
7. Al-Tirmizi, Muhammad bin Isa Abu Isa. Sunan al-Tirmizi. Kitab al-Iman. Bab Wasafa Jibril Li al-Nabiyy Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam al-Iman Wa al-Islam. Juz 5. Hlm. 6.
8. Muslim, Muslim bin al-Hajjaj Abu al-Hasin al-Qasyiri al-Naisaburi. Sahih Muslim. Kitab al-Iman. Bab Bayan Arkan al-Islam wa da’aimahu al-‘Izham. Juz 1. Hlm. 45.
9. Muslim, Muslim bin al-Hajjaj Abu al-Hasin al-Qasyiri al-Naisaburi. Sahih Muslim. Kitab al-Iman. Bab Bayan Arkan al-Islam wa da’aimahu al-‘Izham. Juz 1. Hlm. 45.
10. Ibnu Kathir, Ismail bin Umar bin Kathir al-Qurasyi. 1966. Al-Bidayah wa al-Nihayah. 14 Juz. Beirut: Dar al-Ma’arif. Hlm. 299
11. Al-Quran. Al-Nisa. 4: 24
12. Said bin Mansur. Sunan Said bin Mansur. Bab Ma Ja’a Fi al-Mut’ah. Juz 1. Hlm. 219.
13. Al-Quran. Al-Nisa. 4: 24
14. al-Dimasyqi, Abi Bakar. Dufi’a Syibh min Syibh wa tamarud wa Nasb Zalik ila al-Sayyid al-Jalil al-Imam Ahmad. Bab Qissah al-Rahibin ma’a Abi ‘Abd Allah. Juz.1. Hlm. 95.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam ustaz,
ReplyDeletebagaimana caranya untuk saya menghubungi ustaz ? Ada banyak perkara yang ingin saya rujuk , dan saya yakin ustaz dapat membantu..
boleh kita berhubung di sini tiada masalah.. saya selalu buka blog.. walaupun kurang mencoret
ReplyDeletesaya kira di ruangan ini kurang "privacy"nya..kalau ustaz sudi kirimkan alamat e-mail..jazakallahu khair
ReplyDeletemuslimphilosopher@gmail.com
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteData secara diskriptif dan temubual yang kualitatif itu dibuat hanya umpama cerita dan kisah tanpa analisa yang menyebabkan tidak ilmiah...apa yang diutarakan itu semuanya sudah ada. Saya tidak nampak data dan isinya memberi sumber ilmu atau pengetahuan baru....no critical analysis....no synthesis....
terpulang lah ape nak di kata, smua org boleh bg pandangan masing2.. fact is a fact.. anda nak data ape? ni temu bual, bukannya ikut buku.. jika xde sumber atau pengetahuan baru, nescaya viva bagi tesis ini tidak akan lepas... dapatan ini adalah dapatan terbaru yang mendedahkan syiah yang berleluasa di selangor.. anda boleh dapatkan tesis ini di PTSL... kalau anda rase ni umpama cerita dan kisah, itu hal anda... wallahu a'lam..
ReplyDeletedari sudut kesahan dan kebolehpercayaan dapatan kajian tidak ada. Anda TIDAK MEMATUHI DAN MEMPUNYAI ETIKA PENYELIDIKAN YANG JELAS DALAM MELAPORKAN HASIL KAJIAN. NOTA KAKI DAN BIBLIOGRAFI TIDAK TALLY, SEOLAH2 ANDA MELAKUKAN PLAGIARISME....JIKA DIBUAT TEMUBUAL APAKAH KAEDAH ANALISA DATA ANDA. PERLU DATANGKAN TRANSKRIPSI....
ReplyDeleteMungkin kerana sikap malas mahu belajar, kurangnya menghadiri kelas agama dan ketidakmahuan dalam menuntut ilmu fardu ain dalam diri umat Islam sendiri menyebabkan mereka mudah membiarkan kegelapan masuk ke dalam hati mereka sehingga mencampakkan cahaya Iman keluar dari hati mereka.
NAMPAKNYA BANYAK SANGAT PERGI KELAS AGAMA TETAPI TIDAK BELAJAR PENYELIDIKAN DENGAN BETUL LAGI.
INI BUKAN KAJIAN ILMIAH INI KAJIAN UNTUK MENGHUKUM...BANYAK MEMBUAT JUDGEMENT TETAPI TIDAK MEMBUAT SINTESIS FAKTA....AMBIL SEKERAT2 INI LAH JADINYA....
Data anda amat diragukan...adakah nama2 yang disertakan ialah nama sebenar. Jika ya..adakah mendapat kebenaran responden tersebut. adakah ianya menjaga perasaan responden (inkuiri data, etika penyelidikan di dalam etika pengumpulan data). ?
ReplyDeleteDalam isu yang sensitif bagaimana respondeen senang utk ditemubual. Adakah anda menggunakan taktik penyamaran (tiada dalam penyelidikan melainkan laporan nama responden harus dirahsiakan ) atau hanya menulis responden pertama dan responden kedua dan sebagainya.
Anda selalu mengatakan ada responde yang bertaqiyyah, ini juga salah kerana anda hanya membuat persepsi. taqiyyah adalah sesuatu perkara yang tidak nampak konstruk maka harus diberi definisi konseptual.
Saya rasa master anda ini seperti tugasan biasa di dalam kelas sahaja.
Moga ada petunjuk lebih baik untuk anda.
hahaha... whatever...
ReplyDelete