Ucapan Salam Pendahulu Bicara

Friday, November 18, 2011

tafsir kawniyyah kedua

JABATAN USULUDIN DAN FALSAFAH, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


بسم الله الرحمن الرحيم



الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول لله وعلى اله الأطهار واصحابه الأخيار وعلى من تبعهم ونصرهم ووالاه أما بعد.

Prakata

Segala puji bagi Allah s.w.t,Tuhan sekalian alam dan selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w,dan ahli keluarganya yang suci,para sahabatnya yang terbaik serta ke atas sesiapa yang mengikuti jejak langkah mereka serta menolong mereka.Pertamanya kami ingin mengucapkan syukran jazilan kepada Al-Fadhil Ustaz Ahmad Yunus b. Mohd Noor di atas segala tunjuk ajar yang diberikan kepada kami di dalam menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada sahabat setugasan yang setia memberikan kerjasama di dalam menyiapkan tugasan ini secara berkumpulan.Tugasan yang diberi tajuk “Teori Kejadian Langit dan Bumi Menurut Qur’an Saintifik” adalah berkaitan mengenai perkaitan penciptaan bumi dan langit dengan asap ataupun dukhan.Al-Qur’an yang telah berusia lebih daripada 1400 tahun sehingga kini masih belum tersingkap rahsianya keseluruhan.Ini dapat di lihat berdasarkan penemuan alatan canggih pada masa kini yang dapat membuktikan kemukjizatannya,itupun masih sedikit.Bagaimana seorang manusia biasa dapat menyampaikan sesuatu yang berkaitan dengan ilmu astronomi,biologi,kimia pada zaman yang tiada sebarang peralatan canggih pun pada masa itu?Ia amatlah mustahil untuk dipercayai,tetapi jika ianya adalah datang dari wahyu Allah s.w.t,maka tiada apa yang mustahil.Para saintis di serata dunia berlumba-lumba untuk membuat pelbagai kajian dan penyelidikan.Ini bertujuan untuk mencari sesuatu perkara yang tersirat di alam semesta ini.Tetapi sejauhmana pun kajian mereka dan canggih mana pun peralatan yang ada,namun Al-Qur’an tetap mendahului mereka dalam semua perkara.Terdapat juga ahli saintis barat yang mengkaji Al-Qur’an dengan tujuan untuk mencari kelemahan Al-Qur’an,namun mereka gagal menemui sebarang kecacatan pun di dalam kitab suci itu,bahkan apa yang mereka temui hanyalah kebenaran sahaja.Jesteru itu,antara topik yang akan dibahaskan di dalam buku ini adalah berkaitannya proses kejadian alam yang berasal daripada asap.



Pengenalan

Segala sesuatu makhluk dan kejadian yang dicipta oleh Allah s.w.t di alam ini pasti ada rahsia yang tersurat dan yang tersirat.Oleh kerna itu,Dia telah menurunkan Al-Qur’an kepada manusia agar mereka mentadabur,mengkaji segala rahsia yang terdapat di dalamnya dan natijahnya manusia itu akan bertambahlah keimanannya terhadap Allah s.w.t.Allah s.w.t memuliakan golongan yang suka mengkaji alam dan menggelar mereka sebagai golongan ulul albab.Firman-Nya :-

إِنَّ فِى خَلْقِ السَّمَـوَتِ وَالاٌّرْضِ وَاخْتِلَـفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لاّيَـتٍ لاٌّوْلِى الاٌّلْبَـبِ

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal”(Aali-Imran:190)

tûïÏ%©!$# tbrãä.õt ©!$# $VJ»uÏ% #Yqãèè%ur 4n?tãur öNÎgÎ/qãZã_ tbrã¤6xÿtGtur Îû È,ù=yz ÏNºuq»uK¡¡9$# ÇÚöF{$#ur $uZ­/u $tB |Mø)n=yz #x»yd WxÏÜ»t/ y7oY»ysö6ß $oYÉ)sù z>#xtã Í$¨Z9$# ÇÊÒÊÈ

“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Aali-Imran.191)

Ulul albab ialah golongan yang menggunakan akal dengan sempurna untuk mengkaji sehingga mampu meletakan segala perkara pada perspektif yang betul.Hal ini adalah sama seperti yang disabdakan Baginda s.a.w iaitu :

تفكروا فى خلق الله ولا تتفكروا فى الله فانكم لن تقدروا قدره

"Berfikirlah kamu tentang makhluk ciptaan Allah dan janganlah kamu memikirkan tentang Dzat-Nya kerana kamu tidaklah mengetahui keadaan sebenarnya." [1]

Dalil-dalil ini amat jelas kepada manusia selari dengan kemampuan akal mereka.Jika diperhatikan,manusia yang berada di zaman Greek telah pun membuktikan tentang fitrah dan naluri manusia yang sentiasa ingin mengkaji alam ini sepertimana yang dilakukan oleh salah seorang ahli falsafah yang terkenal iaitu Aristotle.Beliau adalah di antara orang yang mencipta pelbagai teori dan falsafah mengenai alam ini seterusnya dikuti oleh anak muridnya,Plato.

3. Ayat kajian (1) :

ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَآءِ وَهِىَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلاٌّرْض ائْتِيَا طَوْعاً أَوْ كَرْهاً قَالَتَآ أَتَيْنَا طَآئِعِين

“Kemudian Dia menuju ke langit dan (langit) itu masih berupa asap,lalu Dia befirman kepadanya dan kepada bumi, “datanglah kamu berdua menurut perintah-Ku dengan patuh atau terpaksa.”Keduanya menjawab, “kami datang dengan patuh”.(Fussilat:11)

Ayat kajian (2) :

تَنزِيلاً مِّمَّنْ خَلَق الاٌّرْضَ وَالسَّمَـوَتِ الْعُلَى

“Diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi”. (Thaha:4)

4.Analisis Ayat Pertama

As-Syahid Sayyid Qutb rahimullah di dalam Tafsir Fi Zilalil Qur’an,menyatakan ayat tersebut adalah berkaitan dengan fakta yang mengatakan bahawa sebelum bintang-bintang ini wujud, terdapat kepulan gas yang dipanggil nebula iaitu asap.Nebula-nebula yang bewarna cerah atau gelap adalah saki baki dari penciptaan bintang-bintang.Menurut teori penciptaan,galaksi atau gugusan-gugusan bintang itu adalah berasal dari gas dan debu.Daripada gas dan debu yang menebal dan memekat inilah terjadinya bintang-bintang yang kemudiannya meninggalkan saki baki yang seterusnya menghasilkan nebula.Dari saki-baki gas dan debu itu masih bertaburan dalam galaksi itu telah membentuk bintang itu.Dan kini bintang-bintang itu masih menarik gas dan debu kepadanya.

Pendapat ini mungkin tepat kerana ia lebih hampir dengan pengertian ayat Al-Qur’an:-

ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَآءِ وَهِىَ دُخَانٌ

“Kemudian Dia menuju ke langit dan pada ketika itu ia masih berupa asap “.

Juga lebih hampir dengan keterangan Al-Qur’an bahawa penciptaan langit itu mengambil masa yang lama iaitu dalam tempoh dua hari dari hari-hari Allah.

فَقَالَ لَهَا وَلِلاٌّرْض ائْتِيَا طَوْعاً أَوْ كَرْهاً قَالَتَآ أَتَيْنَا طَآئِعِين

“Lalu Dia befirman kepadanya dan kepada bumi,junjunglah kedua kamu perintah-Ku sama ada dengan kerelaan hati atau dengan terpaksa.Jawab kedua-duanya,kami junjung perintah-Mu dengan kerelaan hati.”

Berdasarkan ayat ini pula,beliau turut menyatakan bahawa, ; “Sesungguhnya ia adalah isyarat yang mengagumkan tentang kepatuhan alam raya terhadap ketentuan Ilahi serta hubungan yang erat berkaitan dengan alam ini dan pencipta-Nya,iaitu hubungan penyerahan diri terhadap kalimah dan kehendak-Nya.Jika demikian,tiada yang tidak tuduk kepada Allah s.w.t melainkan manusia yang tunduk di dalam keadaan terpaksa pada kebanyakkan waktu.Mereka harus tunduk kepada-Nya,mereka tidak mampu menghindar,tetapi manusia tadi yang hanya bahagian kecil daripada kehidupan alam ini yang mahu manyalahinya.Semua hukum hakam tetap akan berlaku di atasnya sama ada mereka suka ataupun tidak suka.Tetapi kebanyakkan menusia itu sendiri yang enggan tunduk sebagaimana tunduk dan patuhnya bumi dan langit.Mereka berusaha menghindari dan menyimpang daripada ketetapan yang sangat mudah sehingga menyalahi hukum hakam alam (yang diciptakan Allah itu) yang akhirnya pasti akan mengalahkannya,bahkan boleh menghancurkannya sehingga akhirnya mereka tetap tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t walaupun tanpa ketaatan.Yang dikecualikan daripada golongan manusia di atas,hanyalah hamba-hamba Allah yang telah ‘berdamai’ hati,diri,kelakuan,pandangan,kehendak,dan kecenderungan mereka.Semua telah berdamai dengan alam yang bersifat kulli,sehingga ia datang dalam keadaan taat,berjalan dengan mudah bersama putaran alam maya yang sangat hebat itu,berjalan menuju kepada Tuhan dalam rombongannya,bergabung dengan segala kekuatannya,dan ketika itu ia dapat melahirkan keajaiban-keajaiban dan perkara-perkara yang luar biasa,kerana yang bersangkutan telah berdamai dengan ketentuan Ilahi.Ia memperoleh kekuatan dari kekuatannya.Ia adalah bahagian darinya dalam perjalanan menuju Allah dalam keadaan taat kepada-Nya.”[2]

Daripada tafsiran As-Syahid Sayyid Qutb tadi mengenai ayat itu jelaslah bahawa sikap atau respon yang ditunjukkan oleh langit dan bumi yang merupakan makhluk Allah s.w.t yang terbesar tetap tunduk dan patuk kepada segala arahan Allah s.w.t.Jika mereka tidak berbuat demikian,maka akan berlakulah perlanggaran sesama mereka terhadap sistem alam ini sebagaimana yang telah ditentukan Allah s.w.t.Namun pada hari ini,kita dapat melihat makhluk yang bernama manusia yang tersangat kecil jika dibandingkan dengan alam ini ada dari kalangan mereka tidak akur dan patuh kepada segala arahan Allah.Mereka bertindak mengikut hawa nafsu tanpa memikirkan dosa dan pahala.Alangkah teruknya manusia itu kerana menzalimi diri mereka sendiri.

Berbalik kepada penafsiran oleh Imam M.Quraysh Shihab di dalam Tafsir Al-Misbah,perkataan ‘istawa’ digunakan sebagai maksud menguasai.Ia juga difahami dalam erti ‘menuju ke satu tempat tanpa dihalangi oleh sesuatupun’.Ayat tersebut merupakan satu gambaran tentang kehendak dan kuasa Allah s.w.t menciptakan langit.Namun ia tidaklah bermaksud Allah s.w.t itu menuju dan berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain kerana Maha Suci Allah dari tempat dan waktu.Allah s.w.t tidak tertakhluk kepada mana-mana tempat seperti makhluk.

Manakala perkataan ‘tsumma’ (kemudian) yang diletakkan sebelum perkataan ‘istawa’ dapat difahami oleh sebahagian ulama’ Mufassirin adalah bukan bererti jarak atau waktu,kerana Allah s.w.t tidak memerlukan waktu untuk menciptakan sesuatu tetapi ianya berfungsi sebagai isyarat bahawa penciptaan langit adalah jauh lebih hebat dari penciptaan bumi.Bumi adalah planet yang amat kecil jika dibandingkan dengan alam semesta ini.Pendapat ini mengenai kehebatan penciptaan langit tidak dapat dinafikan berdasarkan keterangan dan dalil-dalil yang jelas di alam Al-Qur’an.Allah s.w.t tidak memerlukan waktu dan tempat untuk menjadikan sesuatu kerana Dia berkuasa di atas alam ciptaan-Nya ini.Dengan hanya lafaz jadi,maka jadilah sesuatu perkara itu.Tetapi ciptaan-Nya lah yang memerlukan waktu dan tempat,kerana itu ada ciptaan-Nya yang wujud pada waktu yang berbeza dengan ciptaan yang lain.

Imam Thabathaba’i telah mengingatkan kita dengan firman-Nya yang menyatakan :

والأرض بعد ذلك دحها

“Dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya” (An-Naazi’at:30)

Perkataan ‘بعد ذلك’ (sesudah itu) mengandungi makna urutan waktu yang lebih jelas daripada perkataan ‘ثُمَّ’ (kemudian).Thahir Ibn ‘Asyur memahami perkataan ‘ثُمَّ’ dalam erti jarak kehebatan penciptaan langit melebihi dari penciptaan bumi,namun ia tetap bukan bermaksud Allah s.w.t menjadikan langit setelah selesainya penciptaan bumi begitu juga sebaliknya.

Perkataan ‘dukhaan’ biasanya diterjemahkan sebagai asap.Para Ulama’ memahami istilah ‘dukhaan’ itu sebagai satu benda yang terdiri pada asalnya adalah kandungan dari gas yang mengandungi benda-benda yang sangat halus,tetapi kukuh.Menurut Prof.Zaghlul,ia juga bewarna gelap,hitam dan panas.

Ayat-ayat al-Qur’an menerangkan adanya enam hari atau tempoh masa bagi penciptaan alam semesta ini.Alam semesta ini tidak terus terjadi sepertimana yang kita lihat hari ini.Sebaliknnya,ia melalui beberapa proses yang tertentu.Tahap penciptaan asap ini menurut sesetengah ulama’ adalah pada tahap ketiga.Pada tahap pertama,langit dan bumi masih lagi bercantum sepertimana yang disebut di dalam Al-Qur’an sebagai ar-ratq.Tahap kedua adalah dengan terjadinya letupan yang besar yang dinamakan sebagai Big Bang,dan pada tahap kedua inilah yang menghasilkan asap itu.Pada tahap kedua inilah terhasilnya pembentukkan langit dan bumi secara berasingan.Pembentukkan langit adalah terhasil daripada unsur-unsur gas hidrogen dan helium yang kemudiannya bercantum sehingga menjadi gumpalan asap raksasa.Tahap pertama dan kedua ini dirakamkan di dalam Al-Qur’an yang berbunyi:

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُواْ أَنَّ السَّمَـوَتِ وَالاٌّرْضَ كَانَتَا رَتْقاً فَفَتَقْنَـهُمَا َ

“Dan tidakkah orang kafir itu mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu dahulunya adalah bersatu,kemudian Kami pisahkan antara keduanya.”(Al-Anbiya’:30)

Berbalik kepada firman-Nya:

ائْتِيَا طَوْعاً أَوْ كَرْهاً

“Datanglah kedua kamu perintah-Ku sama ada dengan kerelaan hati atau dengan terpaksa”

Ayat ini difahami sebagai satu perintah semasa menjadikan sesuatu.sepertimana ayat yang berbunyi:

كُن فَيَكُونُ

“Jadi,maka jadi lah”(Yaasin:83)

Ini adalah satu gambaran yang mengumpamakan langit dan bumi sebagai satu makhluk yang diperintah.Setiap percakapan tidak semestinya di dalam bentuk perkataan,tetapi percakapan adalah yang bersesuaian dengan sifat dan keadaan sesuatu benda itu misalnya apabila seseorang itu berinteraksi dengan burung,ia bukan dengan perkataan sepertimana yang digunakan untuk bercakap dengan manusia,begitu jugalah sebaliknya.

Perintah Allah s.w.t dengan menggabungkan kedua makhluk,iaitu langit dan bumi di dalam satu arahan ‘datanglah kamu berdua’menunjukkan bahawa adanya perkaitan yang rapat antara langit dan bumi seperti mana kejadian lain.Allah menjadikan setiap makhluk di bumi ini dengan berpasang pasangan.Sebagai contoh,lautan dikaitkan dengan daratan,lelaki dikaitkan dengan perempuan dan sebagainya.Perintah Allah s.w.t kepada langit dan bumi itu adalah bermaksud bahawa telah menjadi satu sunnatullah,iaitu ketetapan mereka untuk patuh dan tunduk kepada-Nya dan tidak pernah sekalipun membantah perintahnya sama ada mereka suka atau tidak.Lalu dijawab oleh langit dan bumi:

قَالَتَآ أَتَيْنَا طَآئِعِين

“Kami datang dengan taat”

Ini dapat difahami dengan cepatnya tindak balas yang diberikan oleh keduanya tanpa banyak soal sama ada menanyakan,:Datang untuk apa?Bila?Ataupun mengapa?Mereka jauh sekali untuk memperbanyakkan pertanyaan terhadap perintah Allah s.w.t walau apa jua bentuk keadaan sekalipun.Namun bagi makhluk seperti manusia,sekiranya diberikan perintah ini sudah tentu seribu persoalan yang dikemukakan bagi memuaskan hatinya.Di zaman Rasulullah s.a.w,apabila diturunkan sesuatu perintah mengenai Islam pada masa itu,golongan mu’minin yang menerima arahan itu akan segera melaksanakannya.Contohnya kita dapat lihat di dalam peristiwa ketika mana turunnya ayat Al-Qur’an yang berkaitan dengan perintah menutup aurat.Mereka (orang mu’min) terus mengoyak pakaian mereka yang lebih untuk diberikan kepada anak-anak perempuan serta isteri-isteri mereka untuk dijadikan hijab.

Begitu juga dengan perintah lain.Namun jika hari ini Al-Qur’an mengatakan bahawa arak itu haram,terdapat segelintir daripada manusia yang mengaku Islam tanpa segan silu dan rasa malu,mereka akan bertanyakan,:Kenapa arak itu haram?Apakah yang menyebabkannya haram?Dan sebagainya seperti mana yang pernah dilakukan oleh umat Nabi Musa mengenai perintah untuk menyembelih seekor sapi betina.Ini adalah sikap kaum Bani Israil yang sentiasa mencari jalan untuk mengelakkan diri daripada melaksanakan sesuatu perintah itu.

Dengan kata lain,langit dan bumi tidak mengatakan,: ( أَتَيْنَا طَآئِعَِتَيْنَ ) ‘kami berdua datang dengan suka hati’,iaitu lafaz musanna (dua) walaupun pada hakikatnya perintah Allah s.w.t ditujukan kepada keduanya.Mereka menggunakan lafaz jama’ (banyak).Mungkin perintah tersebut mengisyaratkan bahawa sebenarnya bukan mereka berdua sahaja yang datang dengan penuh kerelaan,bahkan seluruh makhluk-Nya (kecuali manusia dan jin).Namun Imam Al-Thabatha’i berpendapat bahawa pengunaan lafaz jama’ itu mungkin untuk menunjukkan rasa rendah diri mereka kepada pencipta mereka yang Maha Agung berbanding dengan makhluk-makhluk lain.

Bagi penggunaan kalimah ‘ أَوْحَى’ diambil dari perkataan wahyu yakni isyarat yang cepat yang menginformasikan sesuatu yang disembunyikan.Perkataan itu mungkin mengandungi makna cepat atau rahsia yang dalam.Ia mahu menunjukkan kerahsiaan yang menyelubungi langit jauh lebih banyak dan kompleks daripada bumi.Perkataan ini juga digunakan oleh Al-Qur’an sebagai erti menjadikan dalam bentuk tunduk sehingga melaksanakan apa yang dikehendakkinya.

Proses Kejadian Langit

Jika kita meneliti ayat tadi secara lebih terperinci,kita akan dapat melihat bahawa terdapatnya konsep kosmologi yang menarik.

Yang pertama,ayat itu menerangkan Allah s.w.t menuju ke langit yang pada masa itu keadaannya masih lagi di dalam bentuk asap.Langit melambangkan kosmos yang luas.Kenyataan ini bertepatan sekali dengan penemuan pada masa kini melalui pengunaan pelbagai peralatan yang canggih hatta ianya turut diakui oleh para saintis barat.

Kedua,Allah telah memerintahkan kedua-dua makhluk itu,iaitu langit dan bumi aupaya keluar menjelma daripada asap yang memenuhi kosmos semasa peringkat awal kejadian alam ini.Ia menunjukkan asap di kosmos,menjadi batu bata kepada kelahiran bintang,bumi,matahari dan sebagainya.Perkara yang perlu kita ambil iktibar adalah berkenaan dengan pertanyaan Allah kepada langit dan bumi sama ada keduanya hendak datang secara tunduk atau terpaksa.Walaupun diuji dengan dua pilihan iaitu datang secara tunduk ataupun secara terpaksa,kedua-duanya lebih memilih untuk datang secara tunduk dan taat.Ia menunjukkan bahawa proses kejadian langit dan bumi tidak terjadi secara konsep kemungkinan,kebetulan ataupun secara rambang.Sebaliknya ia terjadi mengikut sistem dan perancangan Allah s.w.t yang Maha Sempurna.Jika ianya berlaku secara kemungkinan,kebetulan atau secara rambang,sudah tentu ia tidak akan teratur dan bersistematik seperti hari mana yang kita ketahui pada hari ini.Kewujudan satu sistem yang sempurna dan mampu mengatur proses kejadian alam secara tersusun lagi komprehensif dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain tanpa sebarang kecacatan walau satu pun.Ini jelas menunjukkan bahawa di sana adanya pencipta yang Maha Merancang,iaitu Allah s.w.t.Jika kita perhatikan,apabila seseorang manusia itu mencipta sesuatu,maka dia tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan pada taakulannya dan mungkin juga terdapatnya kecacatan dan ketidak sempurnaan pada ciptaannya walaupun sehebat mana pun akal dan teknologi mereka.Itulah sifat manusia yang lemah dan sentiasa perlu kepada pertolongan.

Mengenai ledakan yang berlaku pada tahap kedua,iaitu ledakan Big Bang,seorang sarjana barat iaitu,Paul Davies di dalam Superforce:The Search for a Grand Unified Theory of Nature (1984) menyatakan,: “memang susah hendak dipercayai bahawa ledakan Big Bang yang dahsyat itu mampu menghasilkan tenaga dan kuasa tarikan yang tepat.Justeru itu,Big Bang bukannya sekadar satu ledakan tetapi ia juga satu ledakan yang terancang”.

5. Ayat Kedua

Menurut Imam Ibn Kathir pula di dalam kitab tafsirnya,Tafsir Ibn Kathir menyebut,ayat tersebut bermaksud Al-Qur’an yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah daripada Allah s.w.t,Tuhan segala sesuatu dan yang Maha Memiliki serta Maha Berkuasa di atas apa sahaja yang dikehendaki-Nya.Dialah yang menciptakan bumi yang datar lagi padat,Dialah yang menciptakan langit yang tinggi lagi lembut (tidak kelihatan).Di dalam sebuah hadith yang dinilai sahih oleh Imam at-Turmuzi serta yang lain menyebutkan ketebalan setiap langit sama jarak perjalanan lima ratus tahun.Dan di antara permukaan satu langit ke satu langit sama dengan jarak perjalanan lima ratus tahun.Imam Ibn Hatim rahimahullah menyebutkan,dalam bab ini telah mengetengahkan Hadisul Au’al melalui riwayat Ibn Abbas.

Di dalam Tafsir Al-Misbah,karangan Imam M.Quraysh Shihab mengolah mengenai lafaz “tanzilan” itu difahami oleh kebanyakan ulama’ dengan erti turun secara bertahap,sedikit demi sedikit.Ini mengisyaratkan betapa Ar-Rahman,Allah yang Maha Mengasihani itu mencurahkan pelbagai rahmat kepada Rasulullah s.a.w dan umat baginda melalui kehadiran Al-Qur’an.Ia diturunkan secara berperingkat agar mereka dapat mempelajari,menyingkirkan keracunan yang mungkin timbul dalam fikiran mereka agar mereka dapat mengamalkan perintah-Nya sedikit demi sedikit,hatta jika diikutkan,takrif bagi Al-Qur’an itu sendiri bermaksud, ‘kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui Malaikat Jibrail secara berperingkat,dan membacanya dikira sebagai ibadat’.

Bagi sebarang permasalahan terhadap sesuatu wahyu yang turun itu,maka di situlah Nabi s.a.w akan memberi penerangan dan penjelasan kepada para sahabat secara lansung,dan ini adalah diantara hikmah penurunan Al-Qur’an itu secara berperingkat-peringkat.

Kita dapat memahami berdasaran penegasan dari Al-Qur’an,”diturunkan oleh Allah,Pencipta langit dan bumi” menunjukkan bahawa tidak mungkin ada sesuatu dari isi kandungan Al-Qur’an yang bertentangan dengan hakikat sebenar kejadian alam ini.Ayat itu mendahulukan perkataan al-ardh (bumi) sebelum perkataan as-sama’ (langit) kerana disebabkan kepada penghuni bumilah terutamanya ditujukan penurunan Al-Qur’an,dengan erti lain perkataan ‘al-ardh’ (bumi) tidak disifatkan dengan sesuatu,misalnya yang rendah,sedangkan ‘as-sama’ (langit) disifatkan dengan kata yang tinggi.Ini bukan sahaja untuk menyamakan sebutan akhir kata ayat ini dengan sebutan akhir kata ayat sebelum dan sesudahnya.Ia juga mengisyaratkan betapa jauh,tinggi dan banyak peringkat langit yang tidak mungkin dapat dijangkau oleh mana-mana penghuni bumi.Ini jelas dapat diketahui berdasarkan sabda Baginda s.a.w sewaktu peristiwa Isra’ Mi’raj yang mana Malaikat Jibril juga tidak dapat melepasi Sidratul Muntaha.

Kejadian Langit dan Bumi daripada Asap

Apabila Al-Qur’an menyatakan bahawa pada peringkat awal dahulu kosong daripada sebarang objek di langit.Yang wujud adalah asap.Daripada asap ini lahirlah bintang-bintang serta galaksi disusuli dengan system kelahiran system suria dan bumi.Berhubung dengan ini,Said Hawa,di dalam kitab tafsirnya Al-Asas fit al-Tafsir menyatakan,”sesungguhnya memang sudah ada suatu keyakinan sebelum terjadinya bintang-bintang,keadaan angkasa raya adalah dalam bentuk asap.Pandangan seperti ini dapat diterima sebagai sahih kerana ia hampir dengan maksud perkataan dukhan Al-Qur’an.

Asap dan Al-Qur’an

Asap ialah satu perumpamaan sebagai udara kotor yang dikaitkan dengan tiupan angin seperti rebut yang menyeksakan kaum yang berdosa.Asap ini merupakan amaran dan ancaman kepada kaum kafir yang menentang ajaran dan petunjuk Allah s.w.t.

Firman-Nya:

فِى سَمُومٍ وَحَمِيمٍ وَظِلٍّ مِّن يَحْمُومٍ لاَّ بَارِدٍ وَلاَ كَرِيمٍ

“amat panas dan air yang panas mendidih,dalam naungan yang hitam,tidak sejuk dan tidak menenangkan”(Al-Waaqiah:42-44)

Asap ini merujuk kepada keseksaan bagi manusia golongan yang berdosa kerana menerima kitab-kitab Allah s.w.t dengan tangan kiri,iaitu secara menolaknya,berbanding dengan golongan kanan yang direstui dan dimuliakan kerana menerima kita dengan tangan kanan.

Asap ternyata suatu komponen di dalam udara yang menjejaskan pernafasan dan menganggui kesihatan manusia.

ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَآءِ وَهِىَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلاٌّرْض ائْتِيَا طَوْعاً أَوْ كَرْهاً قَالَتَآ أَتَيْنَا طَآئِعِين

“Kemudian Dia menuju ke langit dan (langit) itu masih berupa asap,lalu Dia befirman kepadanya dan kepada bumi, “datanglah kamu berdua menurut perintah-Ku dengan patuh atau terpaksa.”Keduanya menjawab, “kami datang dengan patuh”.

Dukhan atau asap ini merujuk kepada nebula,iaitu gas dan debu di angkasa sebagai bahan permulaan kejadian langit dan alam semesta,iaitu:

وَهِىَ دُخَانٌ

“langit itu masih berupa asap”

Perkataan yang digunakan dalam ayat yang melambangkan asap adalah dukhan.Dalam bahasa Inggeris,bermaksud smoke.Penggunaan kalimat asap atau smoke ini memang selari dengan penemuan semasa kerana asap lahir dari satu suasana yang panas dan pada peringkat awal kejadian alam ini yang sememangnya panas.

Dari segi astronomi,nebula ini adalah bahan awal yang mungkin menjadi kepada permulaan lepada sesuatu bintang muda yang baru lahir ataupun saki-baki bintang yang sudah tua,sudah meletup dan hamper pupus.Dukhan ini juga merupakan supernova,iaitu letupan besar yang menamatkan usia sesuatu bintang.Ada tiga jenis nebula,nebula emisi (emission nebula) yang mengeluarkan cahayanya sendiri.Nebula pantulan (reflection nebula) yang membalikkan cahaya dari bintang yang berdekatan dengannya dan nebula gelap (dark nebula) yang kelihatan gelap dengan latar belakang yang cerah.Nebula Ketam adalah antara satu nebula emisi yang cerah kerana mengeluarkan cahayanya sendiri.

Semasa menceritakan mengenai asap ini,para saintis mengaitkannya dengan gas-gas (terutamanya gas hidrogen dan helium) yang wujud seperti awan tebal diperingkat awal dahulu.Para saintis menyifatkan asap daripada gas ini sebagai dark clouds,clouds of gas,fog of neutral hydrogen and helium.hot mass of gas dan yang seumpamanya.Ia bermaksud gas-gas di peringkat awal kejadian langit dan bumi wujud dalam bentuk’awan-awan hitam’,awan-awan daripada gas,awan-awan gas daripada hydrogen dan helium,gas yang bersuhu tinggi’ dan seumpamanya.Kejadian langit dan bumi daripada asap menyentuh berkenaan kejadian objek-objek daripada asap.Oleh sebab bumi adalah satu objek maka langit yang dinyatakan Allah juga merupakan objek-objek seperti bintang,galaksi dan seumpamanya.Kesemua ini lahir daripada asap.

Salah satu kajian yang dilakukan dalam bidang ilmu astrofizik adalah mengenal pasti keadaan alam selepas berlakunya peristiwa Big Bang.Kalian menunjukkan,pengembangan alam berlaku dalam keadaan suhunya yang tinggi di perinkgkat itu.Selepas masa berlalu lebih kurang tiga minit proses penyejukkan pula berlaku.Keadaan ini memungkinkan kelahiran proton dan neutron dan percantuman kedua-duanya melahirkan nucleus.Nukleus ini kemudiannya bercantum dengan electron dan dengan itu lahirlah atom hydrogen dan helium.

Selepas 300,000 tahun berlalu,(selepas Big Bang),gas-gas hydrogen dan helium itu bercantum kesan daripada tarikan graviti dan dengan itu lahirlah gumpalan-gumpalan asap raksasa.Daripada gumpalan-gumpalan asap ini,selepas berlalu masa jutaan tahun,lahirlah bintang-bintang,galaksi,planet,dan bumi.Hal ini disebutkan di dalam The Vindication of The Big Bang : Breakthroughs and Barriers (Parker,Barry R.,Plenum Press,New York,1993).

Penemuan semasa mengesahkan fenomena kejadian alam daripada asap ini.Dalam artikel bertajuk Gas Clouds In Space : Remnants Of The Big Bang di Francisco Examiner bertarikh 14 Januari 2000,Keay Davidson melaporkan para saintis menemui gas hidrogen yang bergerak seumpama awan di kawasan angkasa dengan kelajuan lebih kurang 300 batu sejam.Para saintis berpendapat gumpalan gas ini memenuhi kosmos selepas berlakunya ledakan Big Bang dahulu.

National Radio Astronomy Observatory Socorro,New Mexico : News Release,pada 25 Julai 2003,di bawah tajuk Giant Gas Clouds Made Of Atoms Formed In First Stars,melaporkan berkenaan satu penemuan yang menunjukkan di peringkat awal kejadian alam,molekul-molekul gas sudah memenuhi angkasa dan daripadanya lahirlah bintang-bintang.Pada tanggal 25 November 1999,di bawah tajuk Puzzle Of Galactic Evolution Solved pula,Science Daily Online melaporkan satu penemuan oleh para saintis daripada Universiti Wisconsin Madison.Penemuan ini dianggap mampu menjawab persoalan yang selama ini menghantui pakar-pakar astronomi.Mereka mendapati awan-awan raksasa yang dipenuhi gas memainkan peranan penting dalam melahirkan bintang-bintang dan juga galaksi-galaksi di langit sebelum ini.Di samping itu sebahagian daripada awan ini menentukan komposisi kimia di galaksi-galaksi dengan menghujaninya dengan gas-gas tertentu dari masa ke semasa.Penemuan ini pada asalnya dilaporkan dalam jurnal Nature.

Tambahan daripada itu,dalam Universe Today Online bertarikh 2 Febuari 2005,di bawah tajuk Missing Matter Could Be Clouds of Gas,dilaporkan pihak NASA di Chandra X-Ray Observatory menemui dua gumpalan awan raksasa yang dipenuhi gas-gas bersuhu tinggi.Kajian pakar-pakar menunjukkan gas-gas seumpama awan mampu melahirkan galaksi-galaksi yang mengandungi berbilion bintang.

Kekaguman Seorang Saintis

Antara saintis yang kagum dengan kenyataan Qur’an ini adalah professor Yoshihide Kozai daripada Unversiti Tokya,Jepun.Beliau adalah pengarah National Astronomical Observatory di Mikata,Tokyo,Jepun.Beliau ditunjukkan ayat-ayat Qur’an yang menceritakan berkenaan kejadian langit dan bumi.Selepas mengkaji ayat-ayat itu,beliau merasakan seolah-olah ayat-ayat itu diceritakan oleh seseorang yang melihat kejadian ala mini diperingkat tertinggi.Kuasa yang menceritakan kejadian alam ini mampu melihat kesemua apa yang berlaku.Berhubung dengan kejadian langit dan bumi daripada asap,beliau berpendapat penemuan-penemuan semasa menunjukkan fenomena ini memang benar-benar berlaku.Alam sebelum ini memang wujud dalam bentuk gumpalan asap.Daripada gumpalan asap itu lahirlah bintang-bintang dan kelahiran itu menjadi batu asas kepada kelahiran alam ini.

Akhirnya beliau berkata, “Saya kagum dengan fakta-fakta astronomi yang terdpat di dalam Qur’an.Dengan membaca Qur’an dan menjawab persoalan-persoalan yang timbul,saya rasa saya akan menemui cara untuk mengkaji alam semesta pada masa akan datang.”

RUMUSAN

Apabila merujuk kepada laporan yang dibuat oleh Space Telescop Science Institute di http://origins.stsci.edu bawah tajuk Star Formation,The Earliest Star,ia melaporkan:“Pakar-pakar dalam bidang kosmologi meyakini alam ini bermula lebih kurang 15 bilion tahun dahulu dengan ledakan Big Bang.Ia melahirkan gas-gas hidrogen dan helium dalam bentuk gumpalan awan raksasa.Kesan daripada tarikan graviti yang berlaku antara molekul-molekul gas ini,lahirlah bintang-bintang.”Penemuan-penemuan ini dan seumpamanya mengesahkan kebenaran Qur’an yang terdapat di dalam surah Fussilat ini. Secara keseluruhannya,kesimpulan yang dapat diambil adalah ini adalah mengenai setiap sesuatu ciptaan Allah di dalam alam ini,pasti ada rahsianya yang tersurat dan tersirat.Setiap kejadian pasti adanya permulaan dan adanya pengakhirannya.Hanya Allah lah yang tetap kekal bersama-sama dengan Dzatnya yang suci.Jikalau kita ingin menyingkap rahsia alam ini,bermakna kita boleh menyingkapnya berdasarkan kemukjizatan Al-Qur’an itu sendiri.Ini jelas menunjukkan Al-Qur’an itu sentiasa relevan sepanjang zaman.Walau sejauhmana berubahnya zaman itu,Al-Qur’an tetap kekal di dalam keadaan sedemikian tanpa perlu adanya perubahan semula isikandungannuya.

Wallahu’alam.



BIBLIOGRAFI

1. Al-Qur’anul Karim dan terjemahannya

2. Tafsir Ibn Kathir,Al Imam Abul Fida Ismail Ibnu Kathir Ad-Damsyiqi,2003

3. Tafsir Fi Zilalil Quq’an,As-Syahid Sayyid Qutb rahimahullah,2000

4. Tafsir al-Misbah,Imam M.Quraiysh Shihab

5. Quran Saintifik,Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropang Sains,Dr. Danial Zainal Abidin,2007

6. Al-Asas Fit Tafsir,Said Hawa,Darul Salam,Kaherah, Mesir

7. Ulumul Qur’an.

8. A Brief Understanding Islam,Darus Salam Publication,Mei 1990

[1] Hadis diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di dalam Al-Halyah dan al-Asbahani meriwayatkannya di dalam Al-Taghrib wa Al-Tarhib



[2] Fi Zilalil Qur’an,As-Syahid Sayyid Qutb

No comments:

Post a Comment